Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jumlah jualan semula kondo naik sedikit pada Feb: SRX

Sebanyak 760 unit jualan semula kondo bertukar tangan pada Feb
Mar 26, 2024 | 04:48 PM



Harga dan jumlah jualan semula kondominium naik sedikit pada Februari pada kadar lebih perlahan disebabkan perayaan Tahun Baru Cina.

Data awal daripada portal hartanah SRX dan 99.co yang dikeluarkan pada 26 Mac menunjukkan jumlah jualan semula kondominium naik 1.2 peratus pada Februari berbanding Januari.

Sebanyak 760 unit jualan semula kondominium bertukar tangan pada Februari, selepas jumlah urus niaganya merosot pada Januari.

Berbanding Februari 2023, jumlah tersebut meningkat 0.9 peratus dan adalah 5 peratus lebih tinggi berbanding jumlah purata lima tahun bagi Februari, lapor The Business Times (BT).


Harga jualan semula pula naik 0.2 peratus pada Februari lalu, namun meningkat 6.1 peratus berbanding Februari 2023.

Harga unit kondominium jualan semula di Kawasan Tengah Utama (CCR) dan Luar Kawasan Tengah (OCR) masing-masing meningkat sebanyak 0.2 peratus dan 0.1 peratus, manakala harga kondominium jualan semula di Baki Kawasan Tengah (RCR) tidak berubah.

Berbanding tempoh sama pada 2023, harga OCR naik sebanyak 7.6 peratus, diikuti RCR yang naik 6.1 peratus dan CCR pada 2.8 peratus.

Sekitar 43.8 peratus daripada jumlah jualan semula kondominium adalah daripada OCR, diikuti 35.6 peratus daripada RCR dan 20.5 peratus daripada CCR.

Urus niaga subpenjualan membentuk 11.1 peratus daripada semua jualan sekunder, turun 1.2 mata peratusan daripada Disember 2023.

Urus niaga subpenjualan bermakna transaksi jualan semula yang berlaku sebelum projek kondominium siap dibina, manakala urus niaga sekunder merangkumi kedua-dua urus niaga jualan semula dan subpenjualan.

Harga urus niaga tertinggi bagi unit jualan semula pada Februari ialah $12.9 juta bagi sebuah unit di Ardmore Park.

Di RCR, unit termahal terletak di The Interlace, yang bertukar tangan pada harga $5.3 juta.

Di OCR, harga jualan semula tertinggi ialah $3.3 juta bagi sebuah unit di Kew Green.

Keuntungan modal median secara keseluruhan bagi kondominium jualan semula meningkat kepada $368,000 pada Februari, naik $21,000 daripada Januari.

Daerah 15 (East Coast, Marine Parade) mencatat keuntungan modal median tertinggi pada $725,000, manakala Daerah 1 (Boat Quay, Raffles Place, Marina) mencatat kerugian modal median sebanyak $85,000.

Keuntungan modal dan pulangan bagi unit jualan semula kondominium dikira dengan membandingkan harga urus niaga semasa dengan harga urus niaga sebelumnya bagi unit sama.

Ketua Pegawai Data dan Analitik di 99.co, Encik Luqman Hakim, menjangka jumlah jualan semula kondominium yang meningkat sepanjang beberapa bulan akan datang berdasarkan bertambahnya penyenaraian hartanah untuk dijual beli sejak beberapa bulan lalu.

Menyuarakan sentimen sama, ketua penyelidikan dan kandungan di PropNex, Cik Wong Siew Ying, percaya urus niaga tersebut mungkin meningkat mulai suku kedua 2024 apabila lebih ramai pembeli kembali ke pasaran.

“Dengan harga lebih stabil sejak beberapa bulan lalu, ia boleh menggalak pembeli untuk kembali ke pasaran jualan semula,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >