Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keuntungan separuh pertama Singtel naik 82.6%

Nov 09, 2023 | 05:32 PM



Syarikat komunikasi Singtel mencatat kenaikan 82.6 peratus dalam keuntungan bersih bagi separuh pertama 2023, lapor The Straits Times.


Keuntungan luar biasa ini disokong oleh integrasi Singtel bersama syarikat bersekutu serantau Telkomsel IndiHome, penyedia jalur lebar tetap di Indonesia.

Keuntungan bersih untuk enam bulan pertama tahun 2023 yang berakhir pada 30 September berjumlah $2.1 bilion, berbanding keuntungan bersih $1.2 bilion untuk tempoh yang sama pada 2022.

Pendapatan sesaham (EPS) ialah sebanyak 12.94 sen, berbanding EPS sebanyak 7.09 sen pada tempoh 2022.

Bagaimanapun, hasil operasi merosot 3.2 peratus tahun ke tahun daripada $7.3 bilion ke $7 bilion.

Keputusan kumpulan itu terjejas oleh kekuatan dolar Singapura berbanding dolar Australia dan mata wang serantau, kata Singtel dalam pengumuman keputusannya.

Hasil operasi adalah sebanyak 1.5 peratus lebih tinggi, dari sudut mata wang tetap.

Singtel mengatakan peningkatan itu hasil daripada kelakonan kukuh NCS dan Digital InfraCo yang mengimbangi kelemahan dalam perniagaan kumpulan perusahaan Singapura dan Australia.

Ketua Eksekutif Kumpulan Singtel, Encik Yuen Kuan Moon, berkata, “Sumbangan rakan serantau kami juga meningkat, dan ia dirangsang oleh peningkatan dinamik pasaran.”

Dividen interim sebanyak 5.2 sen sesaham untuk tempoh setengah tahun, iaitu 77 peratus daripada separuh pertama keuntungan bersih yang bernilai sebanyak $1.1 bilion, telah diluluskan – naik 2 peratus tahun ke tahun.

Sebelum ini, kumpulan Singtel telah menyemak semula dasar dividennya untuk meningkatkan julat pembayaran kepada antara 70 peratus dengan 90 peratus daripada keuntungan bersih asas. Kadar sebelumnya adalah antara 60 peratus dan 80 peratus.


Dividen ini akan dibayar pada 8 Disember selepas penutupan buku pada 21 November.

Encik Yuen berkata syarikat telekomunikasi Singtel telah mencapai kemajuan yang stabil dalam penetapan semula strategiknya sejak dua setengah tahun lalu.

“Kami telah memperkemas organisasi kami supaya perniagaan kami mempunyai ketangkasan lebih baik untuk terus tumbuh. Kami juga melupuskan perniagaan digital bukan teras dan mengukuhkan kedudukan kewangan kami dengan $5 bilion yang dijana daripada modal yang dikitar semula,” ujarnya.

Encik Yuen menambah bahawa tumpuan kini adalah untuk meningkatkan enjin pertumbuhan kumpulan dengan pesat. Singtel menjangka perkongsian strategiknya dengan firma pelaburan KKR akan mempercepatkan pengembangan perniagaan pusat data serantau di Asean.

Dagangan saham Singtel naik tiga sen, atau 1.3 peratus pada $2.39, pada 9.11 pagi Khamis selepas pengumuman keputusannya.

Pada Rabu, saham Singtel jatuh 4.8 peratus selepas gangguan rangkaian seluruh Australia selama hampir 14 jam melanda unit Optusnya, lapor The Business Times.


Persekitaran makroekonomi kekal mencabar kerana inflasi yang berterusan, kadar faedah yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan terus melemahkan sentimen perniagaan dan pengguna.

Masalah mata wang – dolar Singapura kukuh berbanding mata wang Australia dan serantau – dijangka berterusan.

Bagaimanapun, kumpulan Singtel berada pada kedudukan yang baik untuk mengharungi cabaran ini disebabkan kira-kira utamanya yang kukuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >