Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Laporan: S’pura dahului negara Asia dalam menarik pelaburan asing

Mar 22, 2024 | 03:34 PM



Singapura merupakan negara paling menarik di rantau ini untuk pelaburan asing, tetapi ia ketinggalan di belakang beberapa ekonomi maju, dari segi pertumbuhan mesra alam dan inklusif sosial, menurut satu indeks baru.

Indeks Peluang Global Institut Milken meletakkan Singapura di tempat pertama dalam kalangan jiran Asia pada 2023, dan ke-14 dalam kalangan 130 negara yang dikaji di seluruh dunia – naik empat anak tangga dari 2022.

Hong Kong di tempat ke-15 dan Jepun, satu tangga di bawah, adalah dua lagi ekonomi Asia dalam senarai 20 teratas global.

Denmark menduduki tempat pertama di dunia, dengan Sweden jatuh ke tempat kedua, diikuti Finland di tangga ketiga. Amerika Syarikat naik satu tangga ke tempat keempat.

Dr Maggie Switek, pengarah kanan Institut Milken dan pengarang utama laporan itu, memberitahu The Straits Times bahawa peningkatan Singapura dalam carta tersebut adalah disebabkan pertumbuhan ekonomi yang agak kukuh.


Kedudukannya yang tinggi turut didorong terutama oleh kekuatannya dalam “persepsi perniagaan”, yang mengukur kemudahan menjalankan perniagaan dan rangka kerja kawal selia, yang memudahkan penguatkuasaan kontrak dan penyelesaian pertikaian.

Ia juga berjaya dalam kategori “rangka kerja institusi”, yang menilai sejauh mana institusi negara melindungi hak pelabur dan keselamatan aset mereka.

Singapura juga mendahului dalam senarai subkategori hak pelabur dan ketelusan.

“Ini bermakna keadaan pelaburan keseluruhan kekal kukuh, yang juga dicerminkan dalam aliran masuk modal Singapura.

“Kekuatan hak pelabur ditambah dengan kekangan perniagaannya yang agak rendah, bermakna pelabur harus berasa selesa beroperasi di Singapura,” kata Dr Switek.

Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Singapura mencapai rekod tertinggi AS$141.2 bilion ($189 bilion) pada 2022, meningkat daripada AS$131.1 bilion pada 2021, kata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini menjadikan Singapura penerima FDI ketiga terbesar di dunia selepas Amerika dan China. Singapura juga menyumbang hampir dua pertiga daripada aliran ke negara-negara Asean.

“Bagaimanapun, negara ini boleh melakukan lebih baik dalam petunjuknya yang berkaitan dengan pertumbuhan mesra alam dan inklusif sosial, yang dicerminkan dalam kedudukannya yang agak rendah dalam ‘persekitaran pertumbuhan masa depan’,” kata Dr Switek.

Singapura mencatat markah di bawah purata ekonomi maju dalam kategori “asas ekonomi”, yang merakam prestasi makroekonomi, bakat tenaga kerja dan usaha mewujudkan ekonomi dan masyarakat yang berdaya tahan dan mampan.

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh prestasinya yang agak lemah, dalam subkategori “persekitaran pertumbuhan masa depan”, yang merangkumi langkah seperti pencemaran udara dan kadar wanita dalam pemerintahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >