Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih banyak pelan insurans bagi kenderaan elektrik

Sep 12, 2023 | 04:41 PM



Lebih banyak syarikat insurans di Singapura menawarkan pelan perlindungan bagi kenderaan elektrik (EV) tetapi polisi khusus yang memberi perlindungan terhadap risiko pengecasan masih jarang ditawarkan.

Pemeriksaan oleh The Business Times (BT) mendapati bahawa daripada 15 syarikat insurans kereta di Singapura, sembilan menawarkan insurans kereta untuk EV tetapi hanya satu, Singlife, menawarkan perlindungan tambahan untuk risiko khusus berkenaan EV.


Secara berasingan, pada 6 September, cabang insurans Great Eastern memperkenalkan pelan insurans khusus EV: Great EV Protect.

Ia dikatakan polisi pertama Singapura yang meliputi kerosakan dan tuntutan perubatan daripada pengecaj privet EV.

Pelan itu meliputi tuntutan perubatan pesakit luar akibat renjatan elektrik daripada stesen pengecasan EV sehingga $1,000; kerosakan dalam rumah akibat kebakaran daripada stesen pengecasan EV sehingga $20,000; dan kerosakan tidak sengaja pada stesen pengecasan sehingga $5,000.

Satu lagi pelan insurans yang meliputi risiko berkenaan pengecasan kenderaan elektrik adalah polisi insurans Singlife.

Ia meliputi kerosakan, kehilangan atau kecurian bateri; kerosakan pengecasan EV peribadi; dan jumlah kehilangan EV yang timbul daripada kebakaran atau letupan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >