Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

‘Levi bahan api penerbangan hijau S’pura tidak jejas hab udara’

Feb 20, 2024 | 02:31 PM



Rancangan mengenakan levi ke atas penumpang yang berlepas dari Singapura, supaya syarikat penerbangan di sini menggunakan bahan api penerbangan lebih hijau, tidak akan menjejas status Singapura sebagai hab penerbangan sedunia.

Menurut Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata), Encik Willie Walsh, ini kerana semua hab udara dan syarikat penerbangan utama di seluruh dunia sedang menjalankan agenda sama.

Penumpang akan menanggung kos peralihan industri penerbangan kepada pelepasan sifar bersih menjelang 2050, katanya pada sidang akhbar pada 19 Februari.

Menggulung Sidang Puncak Penerbangan Changi kedua, yang mengumpul lebih 400 pegawai kanan pemerintah dan pemimpin industri, Encik Walsh berkata satu-satunya pilihan boleh dipercayai untuk syarikat penerbangan menyahkarbon menjelang 2050 adalah dengan mengguna bahan api mampan secara meluas.

Namun, bahan api mampan adalah tiga hingga lima kali lebih mahal daripada bahan api konvensional, dan ini akan menaikkan tambang penerbangan, sama ada melalui levi atau harga tiket lebih tinggi, menurut akhbar The Straits Times (ST).


“Kos perjalanan akan meningkat... Ia tidak boleh dielakkan,” kata Encik Walsh, ketua badan industri tersebut yang mewakili 320 syarikat penerbangan.

Syarikat penerbangan akan memindahkan kos tambahan itu kepada pelanggan memandangkan margin keuntungannya yang tipis, tambahnya.

Singapura akan mengenakan levi bahan api penerbangan hijau baru itu ke atas penumpang mulai 2026, memandangkan pesawat yang berlepas dari Singapura perlu menggunakan bahan api mampan mulai tahun itu.

Sebagai permulaan, Singapura akan menyasarkan penggunaan bahan api penerbangan mampan sebanyak 1 peratus daripada semua bahan api penerbangan yang digunakan di lapangan terbang Changi dan Seletar pada 2026.

Sasaran tersebut dinaikkan kepada antara 3-5 peratus menjelang 2030.

Wang daripada levi itu akan digunakan untuk pembelian pukal bahan api penerbangan lebih hijau yang diperlukan syarikat penerbangan untuk memenuhi matlamat itu.

Encik Walsh menyifatkan levi Singapura sebagai “unik”.

Walaupun bekas ketua British Airways itu tidak menyukai levi dan cukai, beliau berkata langkah Singapura diambil untuk “menambah baik alam sekitar”.

“Cara (levi ini) diperkenalkan... nampak wajar pada peringkat ini,” ujar beliau.

“Kami sentiasa berhujah, jika terdapat cukai atau levi ke atas industri ini atas sebab alam sekitar... wang daripada inisiatif tersebut harus diketepikan... dan digunakan hanya untuk memperbaiki prestasi alam sekitar,” tambahnya.

Bagaimanapun, Encik Walsh mengingatkan kenaikan tambang penerbangan akan melembapkan pertumbuhan industri itu.

Beliau mencadangkan agar pemerintah memainkan peranan dengan memberi sokongan bagi meningkatkan pengeluaran bahan api hijau dengan ketara.

Pemain dan pakar industri, rata-rata menerima baik langkah Singapura untuk mengurangkan pelepasan penerbangan.

Namun, sebilangan mereka mengatakan sasaran negara adalah terlalu kecil.

Jepun, misalnya, merancang mewajibkan penggunaan bahan api penerbangan mampan minimum 10 peratus menjelang 2030.

“Mengapa Jepun dan negara lain mempunyai sasaran penggunaan bahan api penerbangan mampan yang lebih tinggi daripada Singapura pada 2030? Saya rasa itu soalan yang wajar,” kata penganalisis penerbangan bebas, Encik Brendan Sobie dari Sobie Aviation.


Beliau berpandangan levi baru itu, digabungkan dengan levi pemerintah ketika ini untuk membiayai pembangunan Terminal 5 (T5), boleh menjejas pertumbuhan Lapangan Terbang Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >