Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Libat ubah wang haram: Kelayakan lelaki beri khidmat korporat dibatalkan

Jan 19, 2024 | 05:56 PM



Seorang lelaki yang memegang pelbagai jawatan pengarah dan jawatan setiausaha serta pemegang saham di 185 firma tidak lagi dibenarkan menjadi “individu berkelayakan” oleh Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra).

Pada 19 Januari, Acra berkata pendaftaran bagi ejen pemfailan, LW Business Consultancy (LWBC) dan Wang Junjie sebagai individu berdaftar dan berkelayakan (RQI) telah dibatalkan pada 18 Januari.

Dengan tindakan Acra itu, Wang Junjie tidak lagi dibenarkan menyediakan khidmat kesetiausahaan korporat untuk entiti perniagaan.

Acra menyatakan siasatannya adalah sebahagian daripada siasatan pengubahan wang haram yang sedang dijalankan di sini.

Dalam kes itu, wang tunai dan aset bernilai sekurang-kurangnya $2.8 bilion telah dirampas, menjadikannya kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura.

Menurut Acra, Wang adalah RQI dan pengarah LWBC.

Pendaftaran itu dibatalkan berikutan pelanggaran yang dilakukan terhadap usaha pencegahan pengubahan wang haram dan penentangan pembiayaan pengganasan (AML/CTF) di bawah Peraturan Acra (Ejen Pemfailan dan Individu Berkelayakan) 2015, lapor The Straits Times (ST).


Acra menjelaskan, salah satu pelanggaran AML/CFT yang dilakukan oleh LWBC termasuk gagal melaksanakan due diligence atau usaha wajar tambahan ke atas pelanggan yang tidak hadir secara fizikal dalam proses pengambilan pelanggan.


Pelanggaran lain termasuk tidak bertanya sama ada terdapat pemilik benefisial lain yang dikaitkan dengan pelanggannya, dan gagal melakukan penilaian risiko ke atas beberapa pelanggan.

Dalam kenyataannya, Acra menyatakan: “Wang, sebagai RQI dan pengarah LWBC, juga tidak menyelia pekerjanya dalam menjalankan tugas mereka, yang mengakibatkan pelanggaran itu.

“Sehubungan itu, Acra memutuskan Wang tidak lagi memenuhi kriteria sesuai dan wajar untuk kekal sebagai RQI. Oleh itu, pendaftaran Wang sebagai RQI dibatalkan.”

Menurut Acra, RQI dan ejen pemfailan berdaftar (RFA) menyediakan khidmat kesetiausahaan korporat untuk entiti perniagaan, contohnya, membantu pelanggan menubuhkan syarikat, dan memfailkan penyata tahunan serta keperluan pemfailan lain di bawah Akta Syarikat 1967 atau Akta lain di bawah bidang kuasa Acra.

RQI dan RFA perlu melaksanakan usaha wajar ke atas pelanggan dan tidak melanggar peraturan AML/CFT.

Mereka yang melakukan pelanggaran itu boleh didenda sehingga $10,000 atau $25,000 bagi setiap pelanggaran. Pendaftaran mereka dengan Acra juga boleh digantung atau dibatalkan.

Pada September lalu, ST melaporkan bahawa Wang Junjie, juga dikenali sebagai J.J dalam laporan itu, telah memegang jawatan dalam sembilan syarikat yang dikaitkan dengan tiga daripada 10 tertuduh dalam siasatan pengubahan wang haram itu.

Mereka ialah Su Haijin, 40 tahun; Su Baolin, 42 tahun; dan Vang Shuiming, juga dikenali sebagai Wang Shuiming, 43 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >