LIMA mangsa di Amerika Syarikat telah kerugian lebih AS$10 juta ($13.8 juta) dalam penipuan mata wang kripto yang melibatkan domain palsu bekas Pasaran Kewangan Antarabangsa Singapura (Simex).
Kelmarin, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengesahkan, antara Mei hingga Ogos 2022, golongan penipu ini telah memancing mangsa untuk menyertai penipuan mata wang kripto di mana mereka melabur dalam platform penipuan, hanya untuk dana mereka diserap ke dalam dompet peribadi.