Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

McDonald’s sasar buka 50,000 restoran jelang 2027

Dec 07, 2023 | 05:56 PM



NEW YORK: Restoran makanan segera McDonald’s menetapkan sasaran membuka 50,000 cawangan di merata dunia menjelang 2027.


Syarikat itu menyifatkan rancangan tersebut sebagai usaha pengembangan terpantas dalam sejarahnya, lapor The Straits Times (ST).


McDonald’s kini mempunyai lebih 41,000 restoran dan sudah pun memberi komitmen membuka lagi 2,000 restoran menjelang akhir 2023.

Sasaran baru itu mencerminkan cita-cita semakin tinggi restoran burger dan makanan segera itu, sedang ia terus mencari peluang mengembangkan perniagaan.

Pembukaan restoran barunya itu akan meningkatkan penjualan di seluruh sistem sebanyak 2 peratus pada 2024 dan 2.5 peratus selepas 2024, kata McDonald’s pada 6 Disember dalam satu kenyataan, dengan menjelangnya tarikh satu pembentangan kepada pelabur.

Penjualan di seluruh sistem adalah penjualan yang dihasilkan oleh semua restoran McDonald’s – daripada restoran kelolaan syarikat hingga ke restoran francais.

Rancangan pengembangan restoran itu adalah sebahagian daripada pelan pertumbuhan beberapa tahun syarikat tersebut yang merangkumi tumpuan baru kepada pemasaran, tawaran menu utama seperti hamburger, di samping saluran digital termasuk penghantaran, aplikasi telefon bimbit dan kios.

McDonald’s juga menyasarkan untuk menambah bilangan pengguna program pelanggan setianya kepada 250 juta pelanggan aktif 90-hari menjelang 2027, berbanding sekitar 150 juta ketika ini.

Program pelanggan setia restoran itu memberi ganjaran mata kepada pelanggan yang menggunakan aplikasi McDonald’s sekurang-kurangnya sekali setiap 90 hari.

Ganjaran mata itu boleh ditukar kepada sajian makanan dan minuman terpilih di restoran itu.

Syarikat itu turut menyasarkan penjualan meningkat yang mencapai AS$25 bilion ($33.5 bilion) di seluruh sistem daripada pengguna program pelanggan setia dalam tempoh sama - naik daripada AS$20 bilion pada masa ini.

McDonald’s menjangka margin operasi dalam julat pertengahan 40 peratus hingga hampir 50 peratus pada 2024, yang serupa dengan dua suku terakhir, serta pengembangan berterusan pada tahun-tahun berikutnya.

Ia meramal perbelanjaan modal sebanyak AS$2.5 bilion pada 2024, yang dijangka terus meningkat antara AS$300 juta dengan AS$500 juta setiap tahun hingga 2027. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >