Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MOF saran wajibkan syarikat hartanah, insurans serah data pendapatan ejen kepada Iras

Jun 23, 2023 | 03:32 PM



Syarikat hartanah dan insurans mungkin akan diwajibkan untuk menyerahkan data pendapatan komisen ejen mereka secara langsung kepada pihak berkuasa cukai jelang 2024, jika satu cadangan yang dikemukakan Kementerian Kewangan (MOF) diluluskan.

Dalam kertas perundingan yang dikeluarkan awal Jun 2023, MOF mencadangkan supaya syarikat perantara wajib menyerahkan maklumat pendapatan orang yang bekerja sendiri (SEP) secara langsung kepada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).

“Ini akan memudahkan penilaian cukai pendapatan SEP serta pentadbiran skim yang meliputi SEP seperti Pendapatan Daya Kerja (WIS),” kata MOF dalam kertas perundingannya, yang dikongsi di portal maklum balas pemerintah, Reach.

Ia juga akan membolehkan pemerintah melancarkan skim SEP “dengan lebih cepat dan berkesan”, tambah kementerian itu.

Perubahan itu akan bermula dari tahun penilaian 2024 dan akan digunakan bagi organisasi yang membayar komisen seperti dalam sektor hartanah dan insurans, kata seorang jurucakap MOF dan dilaporkan The Business Times (BT).


Keperluan itu kemudian akan diperluaskan kepada perantara lain secara berperingkat – termasuk syarikat platform seperti Grab dan Foodpanda dan pengendali teksi ComfortDelGro.

Iras sedang melibatkan syarikat sedemikian untuk “memahami keperluan mereka dan bekerja rapat dengan mereka dalam proses penyelarasan”, kata jurucakap MOF itu lagi.

Buat masa ini, syarikat sedemikian tidak diwajibkan menyerahkan data pendapatan SEP kepada Iras.

Namun, pihak berkuasa tersebut telah memperkenal beberapa langkah untuk menggalakkan mereka melakukan demikian.

Iras mengumumkan e-penyerahan Skim Pendapatan Komisen pada 2015 yang membolehakn ejen-ejen di syarikat yang membayar komisen mendapatkan data pendapatan mereka dipraisi bagi tujuan cukai.

Sebanyak 110 syarikat telah menyertai skim tersebut pada masa itu.

Pada 2018 dan 2019, Iras memperluas inisiatif praisi itu kepada pengendali teksi dan kereta sewa privet secara sukarela.

Di bawah cadangan baru MOF, syarikat tidak lagi mempunyai pilihan untuk menyerahkan data pendapatan SEP mereka.

“Ini adalah cadangan yang baik kerana ia menghilangkan kerumitan SEP untuk memasukkan penyerahan cukai mereka dan memastikan ketepatan,” kata Encik Marcus Chu, ketua eksekutif ERA Singapura dan ERA Asia-Pasifik.

Agensi itu telah menyerahkan data pendapatan ejennya kepada Iras sejak 2008.

Encik Micah Lim, seorang ejen hartanah dengan JKL Consultants, menjangkakan kesan yang sedikit kepada industri, memandangkan banyak agensi sudah pun menyertai skim prapengisian.

“Ini sangat masuk akal. Ia memudahkan kutipan cukai bagi Iras dan meningkatkan ketepatan pengisytiharan pendapatan.

“SEP juga mempunyai beban kerja yang berkurangan… dan kurang kebimbangan mengenai pengisytiharan yang salah,” katanya.

Cadangan MOF adalah sebahagian daripada 33 pindaan perundangan kepada Akta Cukai Pendapatan pada mana kementerian tersebut mahu mendapatkan maklum balas orang ramai.

Orang ramai boleh memberikan maklum balas mengenai kertas perundingan itu selewat-lewatnya pada 30 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >