Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Opec+ sepakat sesuaikan pengeluaran minyak bagi 2024

Arab Saudi kurangi pengeluaran minyak selama sebulan
Jun 05, 2023 | 02:43 PM



VIENNA: Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan sekutunya Opec+ memutuskan untuk menyesuaikan tahap pengeluaran keseluruhan mereka kepada 40.46 juta tong sehari (bpd) bagi 2024.


Persetujuan keputusan perikatan pengeluar minyak itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat menteri Opec+ ke-35 di Vienna pada Ahad.

Opec+ mengulangi pendirian usahanya untuk mencapai dan mengekalkan pasaran minyak yang stabil, dan untuk menyediakan panduan jangka panjang untuk pasaran, ujar kenyataan itu lagi.

Pada Oktober 2022, Opec+ mengurangkan sasaran pengeluarannya bagi 2023 (antara November 2022 dengan Disember 2023) kepada 41.86 juta bpd.

Pada April 2023, perikatan itu mengumumkan pengurangan pengeluaran sukarela selanjutnya sebanyak 1.66 juta bpd.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, keputusan terbaru Opec+ dibuat di tengah-tengah kejatuhan harga minyak sejak beberapa minggu kebelakangan ini.


Pemotongan pengeluaran mengejut perikatan itu pada awal April telah menaikkan harga minyak ke paras AS$85 ($114) setong, tetapi harga dengan pantas turun dan berlegar di paras AS$70 setong dalam beberapa hari kebelakangan ini ekoran tekanan daripada kebimbangan yang berlarutan terhadap prospek ekonomi dan permintaan.

Amerika Syarikat dan negara Barat lain selama berbulan-bulan mendakwa Opec+ menaikkan harga minyak dan menyemarakkan inflasi dengan pengurangan pengeluarannya, manakala Opec+ menegaskan bahawa pemotongan dibuat untuk menstabilkan pasaran minyak dengan permintaan menjadi lemah di tengah-tengah prospek ekonomi global yang semakin teruk.

Negara Opec+ juga memutuskan untuk mengadakan mesyuarat peringkat menteri kumpulan itu setiap enam bulan. Menteri minyak dan tenaga Opec+ akan bersidang lagi pada 26 November.

Menyusuli pengumuman Opec+ itu, Kementerian Tenaga Arab Saudi mengumumkan pengurangan pengeluaran minyak sebanyak satu juta tong sehari, yang akan bermula pada Julai selama sebulan yang boleh dilanjutkan, lapor agensi Saudi Press.


Kementerian Tenaga Saudi berkata pengurangan pengeluaran sukarela itu adalah selaras dengan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat 13 anggota Opec yang diketuai Arab Saudi dan 10 rakan kongsinya, diterajui Russia.

Langkah itu dilihat sebagai usaha menaikkan harga, walaupun wujud kebimbangan berlakunya kemelesetan.

Pengeluar minyak sedang bergelut dengan kejatuhan harga dan turun naik pasaran di tengah-tengah pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang menjejaskan ekonomi dunia.

Harga minyak menjunam kira-kira 10 peratus sejak pemotongan pada April lalu diumumkan, dengan minyak mentah Brent jatuh hampir kepada AS$70 setong -- tahap yang tidak didagangkan serendah itu sejak Disember 2021. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >