Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pasaran ekuiti S’pura pada Dis atasi prestasi pasaran Asia Tenggara

Jan 12, 2024 | 05:31 PM



Jumlah nilai perolehan pasaran sekuriti di Bursa Singapura (SGX) turun 4.8 peratus kepada $19 bilion pada Disember 2023, dengan nilai purata harian sekuriti (SDAV) mencapai $951 juta.

Dalam tempoh setahun, SDAV meningkat 2 peratus, sedang pelabur runcit merangsang kegiatan dagangan sekuriti SGX untuk tiga bulan berturut-turut, dengan pertumbuhan merentasi saham indeks, dana amanah pelaburan hartanah (Reits), dan saham bermodal kecil dan sederhana, menurut laporan bulanan terkini statistik pasaran SGX, yang dikeluarkan pada 12 Januari.

SGX menyatakan bahawa SDAV bagi Reits naik 2 peratus berdasarkan bulanan, didorong oleh persekitaran kadar faedah yang semakin mantap dan aliran masuk bersih daripada pelabur institusi buat kali pertama dalam setahun, lapor The Business Times (BT).


Pengawal selia bursa itu menambah bahawa pasaran ekuiti Singapura mengatasi prestasi pasaran ekuiti di Asia Tenggara pada Disember, dengan Indeks Straits Times (STI) yang menjadi rujukan pelabur sebagai penanda aras, naik 5.4 peratus berdasarkan bulanan.

Nilai perolehan pasaran Dana Dagangan Bursa (ETF) meningkat 18 peratus berdasarkan bulanan kepada $277 juta.

Bagi derivatif, jumlah dagangan keseluruhan naik 6 peratus dalam tempoh setahun pada Disember kepada 21.1 juta. Jumlah purata harian bagi derivatif meningkat 13 peratus dan mencecah lebih sejuta kontrak.

Jumlah dagangan derivatif komoditi meningkat 45 peratus dalam tempoh setahun kepada 4.2 juta kontrak, dengan jumlah derivatif bijih besi yang menjadi penanda aras, melonjak 45 peratus.

Jumlah Perjanjian Pengangkutan Hadapan (FFA) juga melonjak 74 peratus pada Disember dalam tempoh setahun.

FFA membolehkan pemilik dan penyewa kapal mendapat perlindungan daripada harga kiriman barangan yang tidak menentu. Ia memberi pemilik kontrak hak membeli dan menjual khidmat kiriman barangan pada harga tertentu untuk kegunaan pada tarikh hadapan.

Bagi suku Oktober hingga Disember, jumlah derivatif komoditi meningkat 50 peratus tahun ke tahun kepada 14.1 juta kontrak, dengan keuntungan merangkumi derivatif bijih besi, pengangkutan, petrokimia dan getah. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >