Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pekerjaan dalam sektor hijau bertambah, tapi perlukan pelbagai kemahiran

Sep 25, 2023 | 02:05 PM



Banyak wang sedang dilaburkan dalam sektor ‘hijau’ di seluruh rantau ini dan langkah itu kini menghasilkan ribuan pekerjaan baru.

Satu laporan baru menyatakan bahawa terdapat sebanyak 30 juta pekerjaan berkaitan kemampanan di Asia Tenggara menjelang 2030 dengan ekonomi hijau serantau dijangka menawarkan peluang ekonomi tahunan bernilai sehingga AS$1 trilion ($1.36 trilion).

Laporan oleh pertubuhan tidak mengaup untung, Bridgespan, itu mengkaji pasaran pekerjaan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, dan mengenal pasti lima sektor penting dalam peralihan kepada ekonomi hijau.

Kelima-lima sektor itu adalah solar, mobiliti elektrik, persekitaran binaan, pertanian mampan dan pengurusan sisa.

Trend pekerjaan itu menarik perhatian sektor korporat. Syarikat kewangan, OCBC dan Fidelity International, misalnya, mewujudkan peranan bagi ketua pegawai kemampanan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Minat dalam peranan perhubungan awam dan komunikasi turut meningkat memandangkan tumpuan perniagaan kepada kesan persekitaran dan kemampanan, isu sosial dan tadbir urus korporat (ESG) juga telah meningkatkan keperluan untuk menyampaikan mesej serupa, kata Cik Joan Liew, seorang perunding kanan di firma pengambilan pekerja, Prospect Resourcing,

Cabarannya adalah mendapatkan orang sesuai untuk peranan itu, memandangkan sifat industri ESG yang baru di Singapura.

Pengurus yang mengambil pekerja perlu mencapai keseimbangan antara minat tulen calon dalam pekerjaan, pengalaman relevan dengan kemahiran teknikalnya.

Ketua eksekutif serantau di Generation, sebuah syarikat tidak mengaup untung yang melatih pekerja dalam sektor pekerjaan hijau, Dr Jeremy Fox, berkata:

“Kemahiran teknikal penting tetapi motivasi dan pemikiran kukuh untuk berkembang akan menentukan pengambilan pekerja dan kejayaan di tempat kerja.”

Pandangan serupa diluahkan Dr Bo Bai, pengerusi eksekutif dan pengasas bersama syarikat fintech MVGX yang berpangkalan di Singapura, yang menggunakan teknologi blockchain dan data besar untuk mengesan kredit karbon.

Dr Bai berkata keikhlasan seorang calon dan minatnya untuk kemampanan lebih penting daripada pengalaman tetapi beliau mengakui ia “bergantung” pada skop pekerjaan.

Memandangkan kemahiran hijau merangkumi bidang pengkhususan yang luas, daripada nasihat kepada kepakaran teknikal, “calon-calon perlu mempunyai pengetahuan mendalam dan memahami keperluan industri bagi membolehkannya menawarkan nasihat yang boleh dipercayai,” kata Dr Bai.

“Daripada sudut pemahaman saintifik tentang kesan perubahan iklim kepada pengurusan krisis dan kesediaan risiko, kemahiran hijau merangkumi pelbagai disiplin merentasi kemahiran teknikal dan insaniah.”

“Secara realiti, kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan agak khusus dan cara terbaik untuk mempelajarinya ialah dengan melakukannya,” kata Dr Bai lagi.

Mereka yang berminat beralih ke pekerjaan sektor hijau boleh mempertingkat diri menerusi pelbagai kursus relevan yang memastikan mereka diiktiraf oleh industri tersebut




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >