Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peminat Taylor Swift dorong lonjakan kembara ke S’pura

Jul 13, 2023 | 05:17 PM



Sebahagian daripada mereka yang bertuah membeli tiket konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura kini sedang rancak membuat persiapan, hingga mendorong peningkatan dalam pencarian dan tempahan tiket penerbangan dan penginapan.


Bintang pop antarabangsa itu akan beraksi dalam enam konsert antara 2 dengan 9 Mac 2024.

Semasa kededua penjualan tiket prajual dan awam itu, tiket habis dijual dalam tempoh beberapa jam.

Pakej rasmi yang ditawarkan oleh wadah penempahan kegiatan Klook, yang menggabungkan dua tiket konsert bersama penginapan semalam di sebuah hotel, habis dijual dalam tempoh enam jam pada 7 Julai.

Satu laporan oleh syarikat penyelidikan industri hotel STR menunjukkan bahawa seniman sejagat seperti Swift dan band British, Coldplay, telah memacu lonjakan permintaan yang ketara, berbanding acara tradisional seperti perlumbaan malam Formula Satu (F1) dan konvensyen.

Pada 10 Julai lalu, kebanyakan hotel masih menunjukkan kadar penginapan rendah, tetapi 25 hotel mempunyai penginapan melebihi 20 peratus semasa dua daripada tarikh pertama konsert kembara Swift, “dengan beberapa hotel mempunyai penginapan” lebih tinggi.

Sebelum ini, hanya beberapa acara – F1 dan Pertunjukan Udara Singapura – “mendekati permintaan ini dengan lebih awal”, kata pengarah kawasan STR untuk Asia Pasifik, Encik Jesper Palmqvist.

Lonjakan konsert “bukan sahaja baru dan lebih tinggi” malah lebih lama kerana kalangan artis bermain lebih banyak tarikh di satu tempat.

Laman tempahan Agoda menyaksikan “160 kali lebih pencarian daripada biasa” untuk penginapan pada dua hari penjualan tiket, berbanding hari-hari bekerja pada bulan itu sebelum tarikh konsert kembara diumumkan.

“Lonjakan itu didorong oleh minat dari Asia Tenggara,” kata seorang jurucakap Agoda.

“Filipina merupakan pencari utama, disusuli dengan Indonesia, Thailand, Malaysia dan Vietnam.”

Semasa tempoh konsert, sekitar 10 peratus daripada 252 bilik Hotel One Farrer telah ditempah pada Isnin, 10 Julai, kata pengurus besar, Encik Gilbert Madhavan.

Ini satu peningkatan sekitar 3 peratus berbanding tempahan bilik yang dibuat pada 28 Jun dan 5 peratus bagi tempahan bilik yang dibuat pada 6 Julai.

“Kami yakin peningkatan tempahan bilik ini akibat konsert Taylor Swift kerana jumlah tempahan lebih tinggi berbanding minggu-minggu lain pada Mac,” katanya.

Kumpulan Hotel Pan Pacific telah mendapat lebih banyak tempahan untuk hotel Parkroyal dan Parkroyal Collection.

Tempahan Parkroyal Collection Pickering naik 30 peratus pada 10 Julai berbanding 6 Julai – pada hari selepas prajualan tiket tetapi sebelum penjualan awam tiket bermula.

Tempahan bilik telah dibuat dari Australia, Indonesia, Taiwan dan Korea Selatan, kata pengarah penjualan dan pemasaran, Cik Diana Lee.

Parkroyal on Beach Road menyaksikan peningkatan tempahan sebanyak 20 peratus selepas prajualan tiket, kata pengurus besar Encik Kung Teong Wah.

Hotel itu juga telah menerima jumlah pertanyaan yang tinggi dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Australia, Amerika Syarikat dan pelbagai negara Eropah.

Harga bilik hotel semasa tempoh konsert meningkat sebanyak 20 peratus selepas tiket mula dijual, mencerminkan “kedinamikan bekalan dan permintaan” yang didorong oleh “minat dan jangkaan yang meningkat”.

Sebaliknya, Parkroyal Collection Marina Bay tidak melaporkan sembarang kenaikan ketara, kata pengurus besarnya, Encik Melvin Lim. Beliau kata ia sukar untuk berkongsi unjuran kerana tempahan mungkin tidak akan dibuat terlalu awal.

Harga di beberapa hotel tiga dan empat bilik juga telah meningkat. Sebuah bilik di hotel tiga bintang, Hotel Robertson Quay berharga $191 semasa tempoh konsert, berdasarkan data Trip.com pada 9 Julai. Harganya 44.7 peratus lebih tinggi berbanding harga $132 pada pagi 5 Julai, sebelum tiket dijual.

Tiket penerbangan untuk beberapa penerbangan ke Singapura juga telah melonjak semasa tarikh konsert kembara Swift pada hujung minggu selepas penjualan tiket konsertnya, berdasarkan data Trip.com. Penerbangan tersebut adalah dari Manila melalui Jetstar Asia dan Scoot, dari Bangkok melalui Jetstar Asia dan Scoot, dan dari Jakarta melalui Jetstar Asia dan Indonesia AirAsia.

Di laman Trip.com, tempahan untuk penerbangan dan penginapan meningkatkan sebanyak 50 peratus yang dibuat dari 5 dan 9 Julai, berbanding 14 dan 18 Jun sebelum konsert diumumkan.

Harga tiket penerbangan secara purata meningkat sebanyak 262.8 peratus selepas tiket konsert Swift dijual berbanding sebelum pengumuman penjualan tiket atau 398 peratus pada hujung minggu sebelum tiket dijual.

Di laman Expedia, pencarian harian secara purata dari 8 hingga 10 julai “sekitar 2.5 kali lebih banyak” daripada hari-hari bekerja dalam bulan sama sebelum tarikh konsert diumumkan, kata pengarah perhubungan awam Expedia Brands’ Asia, Cik Lavinia Rajaram.

Permintaan untuk penerbangan dan penginapan dijangka kian meningkat dalam bulan-bulan akan datang hingga Mac 2024. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >