Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Penduduk San Francisco tidak puas hati dengan logo X

Jul 31, 2023 | 03:32 PM



SAN FRANCISCO: Logo X gergasi dan berkilauan terpampang di sebuah bangunan di San Francisco, di mana Elon Musk berkata beliau merancang untuk mengekalkan syarikatnya, wadah pemesejan X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.


Namun pegawai bandar dan beberapa penduduk tidak berpuas hati dengan pemasangan logo itu.

Pada Jumaat, syarikat itu memasang logo X di atas bumbung di ibu pejabatnya di Market Street, yang mengecewakan penduduk di sekitar bangunan itu. Mereka mengadu tentang lampu cahaya yang mengganggu, manakala Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco kata ia akan memeriksa struktur tersebut.

Langkah itu menyusuli satu hantaran dari Encik Musk, jutawan penuh misteri yang memperoleh syarikat itu pada Oktober pada nilai AS$44 bilion ($58.6 bilion), mengumumkan bahawa firma dengan nama baru itu, akan kekal di San Francisco walaupun beliau berkata bandar itu menghadapi “lingkaran azab, dengan satu demi satu syarikat keluar atau akan keluar”.

Encik Musk yang juga ketua eksekutif pembuat kereta elektrik, Tesla, memindah ibu pejabatnya dari California ke Texas pada 2021. Mengekalkan X di San Francisco adalah satu tanda baik buat bandar itu, yang telah bergelut untuk bangkit semula daripada kerugian pelancongan dan perniagaan akibat pandemik Covid-19.

Wilayah pusat bandar raya itu bergelut dengan pemberhentian kerja dalam sektor teknologi, pemergian peruncit utama dan pelancongan yang berkurangan. Trafik telah berkurangan sedang lebih ramai orang bekerja dari rumah, sementara jenayah dan gelandangan telah mencemarkan imej bandar.

“San Francisco yang indah, walaupun orang lain tinggalkan anda (San Francisco), kami akan sentiasa menjadi teman anda,” tulis Encik Musk.

Namun, bukan semua penduduk San Francisco menerimanya. Penduduk setempat pada hujung minggu merakamkan video X gergasi yang bercahaya, berkilauan dengan sesetengahnya mengkritik lampunya yang mengganggu orang ramai.

Seorang pengguna X berkata beliau marah dengan pemasangan logo tersebut kerana terang-benderang dan terletak “betul-betul di depan bilik tidur”.

“Saya terkejut dengan sikap kurang bertimbang rasanya,” tulis pengguna X, DollyMarlowe.

Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco sementara itu, membuka siasatan terhadap struktur itu, mengatakan ia mungkin melanggar undang-undang yang dibenarkan.

Inspektor Jabatan Pemeriksaan Bangunan (BID) berkata dalam satu laporan bahawa wakil syarikat tidak memberi mereka akses pada bumbung itu. Laporan itu menarik perhatian wakil syarikat X dan menambah bahawa struktur itu hanyalah sementara.

Jurucakap BID tidak dapat dihubungi pada Ahad. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >