LANGKAH meredakan pasaran hartanah tidak akan mempunyai kesan besar kepada pembeli flat jualan semula ataupun flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO), menurut pengamat dan ejen hartanah.
Ini kerana sebahagian besar, atau sekitar 97 peratus, peminjam flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mempunyai nisbah bayaran pinjaman hutang (TDSR) kurang 55 peratus.