Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengeluaran kilang S’pura susut 12.1 peratus pada Ogos

Sep 27, 2023 | 02:58 PM



Pengeluaran perkilangan Singapura mengalami kejatuhan terbesar sejak November 2019 sedang industri elektronik utama kembali merosot pada Ogos.

Pengeluaran kilang jatuh 12.1 peratus tahun ke tahun pada Ogos, lebih besar daripada jangkaan, dengan mencatat penguncupan 11 bulan berturut-turut.

Pakar ekonomi yang ditinjau Reuters telah menjangka penurunan 3.1 peratus selepas pengeluaran susut hanya 0.9 peratus pada Julai, meningkatkan harapan bermulanya pemulihan.

Sebaliknya, perkilangan merosot secara menyeluruh, kecuali kejuruteraan pengangkutan, menurut data Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Selasa. Tidak termasuk pembuatan bioperubatan, jumlah pengeluaran susut 16.6 peratus.

Elektronik, yang merupakan 45 peratus daripada jumlah pengeluaran Singapura, memaparkan prestasi paling rendah dengan pengeluaran susut 20 peratus tahun ke tahun di tengah-tengah permintaan global yang lemah.

Dalam sektor elektronik, pengeluaran semikonduktor susut paling besar sebanyak 23.7 peratus, berubah daripada pertumbuhan 5.1 peratus pada Julai. Ia disusuli perkakasan komputer dan penyimpanan data, yang merosot 13 peratus dan komponen dan modul elektronik yang turun 5.2 peratus. Secara keseluruhan, pengeluaran elektronik menguncup 9.3 peratus tahun ke tahun antara Januari dan Ogos.

Pakar ekonomi Bank DBS, Encik Chua Han Teng, berkata pemulihan perkilangan pada separuh kedua 2023 perlahan dan rapuh, memandangkan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Beliau menambah: “Pemulihan elektronik masih belum kukuh di tengah-tengah cabaran permintaan luar dan risiko daripada ketegangan geopolitik yang berlarutan yang masih boleh menjejas rantaian bekalan. Tetapi sekurang-kurangnya trend purata tiga bulan menunjukkan bahawa kemerosotan elektronik mungkin sudah di paras paling rendah.

“Kelemahan perkilangan yang berterusan menggambarkan bahawa perkembangan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) secara keseluruhan mungkin tidak begitu teruk pada 2023, walaupun kita lihat kekuatan daripada segmen perkhidmatan yang mendapat manfaat daripada pemulihan pelancongan antarabangsa dan acara-acara skala besar.”

Data EDB menunjukkan kemerosotan cip juga menjejas industri kejuruteraan jitu. Pengeluarannya merosot 14.4 peratus ekoran pengeluaran peralatan berkaitan semikonduktor yang lebih rendah.

Dalam industri bioperubatan, pengeluaran turun 1.8 peratus tahun ke tahun. Sementara segmen teknologi perubatan tumbuh 3.6 peratus ekoran permintaan eksport untuk peralatan perubatan, pengeluaran farmaseutikal menguncup 5.6 peratus disebabkan campuran bahan farmaseutikal aktif berlainan yang dihasilkan, berbanding setahun lalu.

Pengeluaran perkilangan am turun 6.1 peratus berbanding Ogos 2022 akibat kekurangan pengeluaran bateri dan produk keluli berstruktur.

Pengeluaran kelompok kimia juga turun 5.9 peratus berbanding Ogos 2022. Segmen petrokimia dan petroleum umumnya terjejas dengan pasaran lemah dan pengeluaran juga terjejas akibat penutupan loji penyenggaraan.

Pengeluaran kelompok kejuruteraan pengangkutan meningkat 16.2 peratus pada Ogos berbanding bulan sama pada 2022.

Segmen kejuruteraan marin dan luar pesisir menerajui perkembangan dengan 29.4 peratus disebabkan tahap aktiviti yang lebih tinggi di limbungan kapal dan pengeluaran yang meningkat dalam peralatan bidang minyak dan gas.

Segmen aeroangkasa tumbuh 15.2 peratus disebabkan permintaan lebih tinggi bagi peralatan ganti pesawat dan lebih banyak kerja penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih daripada syarikat penerbangan komersial menyusuli permintaan kembara udara yang kukuh.

Berdasarkan bulan ke bulan dan pelarasan musiman, pengeluaran jatuh 10.5 peratus pada Ogos, tersasar daripada jangkaan pakar ekonomi penguncupan 1.7 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >