Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pusat beli-belah Jelita di Holland Village dijual pada harga lebih $91.6j

Nov 21, 2023 | 03:50 PM



Kumpulan DFI Retail (DFI) telah menjual pusat beli-belah Jelita pada harga $91.68 juta kepada pelabur hartanah, Encik Peter Koh Pang An dan isterinya.

Pasangan tersebut adalah warga Singapura.

Encik Koh, seorang usahawan daripada keluarga susah yang kini menjadi kaya, pernah aktif dalam dunia kejuruteraan jitu di Singapura.

Beliau memiliki Platinum 28, sebuah bangunan perindustrian pegangan bebas di 28 Genting Lane, yang beliau perolehi daripada firma binaan Ho Bee pada 2011.

Beliau juga memiliki pusat beli-belah di pinggir bandar di Australia dan New Zealand.

Harga transaksi bagi pusat beli-belah Jelita yang terletak di Holland Village itu, dengan pegangan pajak 999 tahun, adalah lebih tinggi daripada harga panduan $85 juta yang dipasarkan oleh JLL pada Jun, menurut laporan The Business Times.


Ejen pemasaran eksklusif bagi pusat beli-belah dua tingkat itu membuat undangan pernyataan minat (EOI) kepada syarikat yang berminat. Latihan itu dikatakan meraih lebih 20 tawaran apabila EOI itu ditutup pada 18 Julai.

Harga pusat beli-belah Jelita adalah sekitar $2,727 setiap kaki persegi bagi keluasan boleh disewa bersih (NLA) sebanyak 33,621 kaki persegi.

DFI telah memeterai satu perjanjian pajakan semula tempoh panjang dengan pembeli berkenaan bagi tingkat bawah pusat beli-belah itu, yang disewa sepenuhnya oleh jenama pasar raya Cold Storage milik DFI.

Penyewa di tingkat dua termasuk Starbucks, Delifrance, Guardian dan Times Bookstore.

Encik Koh merancang mengubah elok pusat beli-belah itu yang mempunyai 57 tempat letak kereta di besmen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >