Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pusat kewangan M’sia TRX Exchange pikat ramai pengunjung, firma

Punyai taman atas bumbung dengan 150,000 tumbuhan serta 400 kedai
Jan 02, 2024 | 06:03 PM



KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah terbaru Malaysia, The Exchange TRX, telah menarik minat orang ramai sejak dibuka empat minggu lalu, dengan menawarkan taman atas bumbung yang mempunyai 150,000 tumbuhan, serta 400 kedai.


Pembukaan salah satu pusat beli-belah terbesar negara di ibu kota pada 29 November, dengan penghunian 100 peratus, telah menarik perhatian orang ramai ke kawasan Tun Razak Exchange (TRX).

Ia merupakan kawasan seluas 28 hektar yang diharapkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi pusat kewangan yang setaraf dengan Wall Street.

Menukil The Straits Times (ST),TRX, dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM40 bilion ($11.5 bilion), merangkumi 26 menara, termasuk ruang pejabat dan kediaman, dengan populasi pekerja sehingga 50,000 orang.


Institusi kewangan, pembrokeran saham dan perunding perniagaan antarabangsa telah mula berpindah ke daerah itu, yang terletak berhampiran Petronas Twin Towers.

Menurut pengarah jualan dan pemasaran Core Precious Development, Encik Goodwin Jeffrey Looi, sambutan hangat TRX “bukan hanya disebabkan infrastrukturnya” tetapi juga ia adalah “institusi kewangan dan peneraju industri” yang menarik.

Pencakar langit Exchange 106, yang setinggi 453 meter, merupakan mercu tanda di kawasan ini dan juga merupakan bangunan kedua tertinggi di Malaysia.

Selain itu, bank HSBC telah melabur AS$250 juta ($330 juta) untuk membuka ibu pejabatnya di Menara IQ 33 tingkat di dalam TRX. Pada 2022, bank itu telah menyelesaikan pemindahan 5,000 pekerja ke ruang seluas 555,419 kaki persegi.

“TRX terletak di tempat ideal, di tengah-tengah ibu negara Malaysia dan amat penting bagi meningkatkan status Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Encik Omar Siddiq, kepada ST.

Perpindahan lain termasuk ibu pejabat Affin Bank pada 2022 dan ibu pejabat korporat Prudential pada 2019.

Penyewa di mercu tanda Exchange 106 termasuk pejabat serantau Huawei iaitu syarikat telekomunikasi China, firma perunding Accenture dan penyedia perkhidmatan kewangan China UnionPay.

Daerah ini bersedia untuk terus berkembang dengan pembukaan TRX Residences, Core Residence dan Hotel Kimpton pertama di Malaysia, pada 2024.

Core Precious Development merupakan usaha bersama antara WCT Holdings dan China Communications Construction Group, yang merancang untuk memindahkan 8,000 kakitangannya ke TRX pada suku pertama 2024.

Walaupun pernah dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad dan pemenjaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak, pentadbiran semasa di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang mencari untuk mentakrifkan semula TRX sebagai hab kewangan global Malaysia.

Kerajaan menyasarkan untuk menarik pelaburan langsung asing bernilai tinggi bagi mengukuhkan ekosistem perniagaan negara.

Pembangunan TRX menandakan pertumbuhan Malaysia dan ibu kotanya, dengan pusat beli-belah The Exchange TRX sudah menjadi tarikan awam.

Pembangunan dan operasi pusat beli-belah itu diuruskan oleh usaha sama antara Lendlease dengan syarikat milik kerajaan Malaysia.

Lendlease melaporkan bahawa TRX Residences berada di landasan untuk penghantaran pada suku pertama 2024, dengan 90 peratus unit yang tersedia telah dijual.

Projek Core Residence, yang menampilkan 700 unit kediaman juga, telah menyaksikan pengambilan yang serupa, dengan 90 peratus terjual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >