Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sembcorp Gas import $1.9b gas asli dari Indonesia

Jun 06, 2023 | 02:48 PM



SEMBCORP Industries mengumumkan pada Isnin bahawa anak syarikatnya, SemCorp Gas, telah menandatangani satu perjanjian penjualan gas untuk mengimport gas asli bernilai $1.9 bilion dari medan gas Natuna Barat, Indonesia.

Dalam pemfailan bursa, Sembcorp berkata perjanjian itu menambah bekalan gas asli sedia ada daripada sumber paip dan cecair, dan akan membolehkan syarikat itu mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport gas asli terkemuka Singapura.

Meskipun Sembcorp telah menandatangani perjanjian itu, syarikat itu berkata ia kekal “beriltizam untuk menyokong Singapura dengan bekalan tenaga yang stabil dan berdaya tahan dalam peralihannya ke arah masa depan yang bersih sifar”.

Perjanjian itu ditandatangani dengan Medco E&P Natuna, anak syarikat milik penuh Medco Energi Internasional.

Ia dijangka berkuat kuasa menjelang separuh kedua tahun ini, dengan syarat perjanjian yang diperlukan untuk mengangkut bekalan gas baru.

Menurut Sembcorp, penghantaran gas asli itu dijangka bermula dari tahun depan bagi tempoh empat tahun.

Sementara itu, ia berkata pemeteraian perjanjian jualan itu adalah sebahagian perjalanan perniagaan biasanya, dan tidak dijangka memberi sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham dan aset ketara bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Saham Sembcorp ditutup, naik 3.1 peratus pada $5.35 pada Isnin, sebelum pengumuman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >