Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Semua cawangan DBS lebih mesra alam sebelum akhir 2024

Jan 24, 2024 | 05:12 PM



Semua cawangan DBS, bank terbesar di sini, yang dikendalikan kakitangan mereka akan diiktiraf dengan Pensijilan Green Mark Platinum oleh Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) sebelum akhir 2024, menurut kenyataan bank tersebut pada 24 Januari.


Piawaian Pensijilan Green Mark Platinum ialah penarafan utama di bawah Green Mark BCA – satu skim pensijilan bangunan hijau yang diiktiraf antarabangsa.

Bank DBS merupakan bank Singapura pertama yang berjaya berbuat demikian. Kini, sebanyak 33 daripada 41 cawangan DBS yang dikendalikan kakitangan mereka memenuhi kelayakan Pensijilan Green Mark Platinum.

Jumlah baki cawangan yang lain dijangkakan mencapai pensijilan itu lewat tahun ini.

“Menguruskan jejak alam sekitar dari segi operasi kami adalah aspek yang penting strategi kemampanan bagi bank DBS. Ia merupakan kunci dalam mengekalkan neutraliti karbon bagi operasi kami,” kata Ketua Kumpulan, Strategi dan Pentadbiran Hartanah Korporat DBS, Encik Erwin Chong.

Mulai 2017, DBS telah mengusahakan pelbagai daya usaha untuk memperbaharui cawangan yang dikendalikan kakitangan mereka supaya lebih mesra alam.

Pada Mac 2022, DBS telah melancarkan kios mesin tunai automatik (ATM) berkuasa suria pertama di Singapura, di Ang Mo Kio Avenue 10, dengan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kios itu diperoleh daripada panel suria yang dipasang di atas bumbungnya.

DBS Newton Green, bangunan karbon sifar bersih pertama sebuah bank di Singapura, dan juga cawangan layan diri mampan pertama yang terletak di Pusat Masyarakat Fernvale, turut diperkenalkan pada tahun yang sama.

“Banyak cerapan yang kami peroleh dapat membantu apa jua organisasi yang ingin menghijaukan operasi mereka.”

“Kami harap dapat berkongsi pengalaman kami dengan rakan kongsi yang berfikiran sama untuk meningkatkan sumbangan kolektif terhadap usaha kemampanan Singapura,” tambah Encik Chong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >