Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura negara ketiga terbaik didiami, bina kekayaan keluarga

Feb 14, 2024 | 06:04 PM



LONDON: Negara terbaik untuk membina kekayaan berbilang generasi ialah Switzerland.


Negara itu menawarkan pelbagai peluang terbaik di dunia untuk keluarga yang ingin berpindah dan menikmati pendapatan tertinggi serta prospek kerjaya terbaik untuk diri dan anak-anak mereka, menurut indeks baru oleh firma penasihat kerakyatan, Henley & Partners.

Amerika Syarikat berada di tempat kedua, manakala Singapura menduduki tempat ketiga, menurut laporan itu.

Menurut kajian itu, Switzerland mempunyai kadar pengangguran sebanyak 2 peratus dan menempatkan tujuh daripada 250 universiti terbaik dunia, menjadikannya sebuah destinasi premium untuk keluarga yang ingin membina kekayaan dan memastikan kerjaya baik untuk anak-anak mereka.

Amerika juga menyediakan prospek pekerjaan menarik dan pendidikan yang sukar ditandingi.

Ia mempunyai 46 universiti terkemuka dunia.

Singapura pula berada di tengah-tengah wilayah ekonomi yang kian berkembang dan memberi pelbagai peluang dalam bidang perbankan dan kejuruteraan, serta proses mudah untuk memohon visa.

Kajian itu meneliti aspek pendidikan, potensi pendapatan, kemajuan kerjaya, tempat menarik untuk didiami, perubahan status ekonomi, dan prospek pekerjaan di 27 negara untuk mewujudkan “mata kiraan peluang” bagi keluarga yang ingin berhijrah dan menikmati pendapatan lebih tinggi.

Ranking tersebut mendapati sebuah keluarga warga Indonesia biasa dengan “mata kiraan peluang” pada paras 25 peratus di negara asalnya, boleh meningkatkan peluang kejayaannya untuk generasi seterusnya kepada 82 peratus, dengan mendapatkan hak menetap di Amerika.

Begitu juga, sebuah keluarga warga India dengan “mata kiraan peluang” 32 peratus di India yang berpindah ke Switzerland akan menambah peluang kejayaannya kepada 85 peratus.

“Kepelbagaian pendapatan sejagat boleh dikaitkan dengan kerja dan negara yang didiami,” kata Pengarah Pendidikan di Henley & Partners, Cik Tess Wilkinson.

“Memilih negara yang betul adalah kunci dalam memastikan kekayaan berbilang generasi,” ujar beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >