Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura perlu perkukuh ketersambungan ekonomi, tingkat kemahiran pekerja

Aug 28, 2023 | 04:22 PM



Singapura perlu mengukuhkan ketersambungan ekonominya bagi memperoleh pasaran dan pelanggan baru, untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang mampan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Ia juga perlu melabur dalam tenaga kerjanya dan memastikan pekerja mempunyai kemahiran relevan bagi memikul tugas dan pekerjaan baru, agar negara ini dapat meningkatkan perusahaan dan pekerjanya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.

Dalam ucapannya di Dialog Ekonomi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) ke-15 pada Isnin, Encik Gan berkongsi dua pemboleh utama bagi Singapura mencapai visi Ekonomi Singapura 2030.

“Pertama, kita mesti mengukuhkan ketersambungan ekonomi kita untuk mengakses pasaran dan pelanggan baru, serta membawa masuk pengetahuan dan idea baru.

“Singapura mesti menolak tekanan untuk memandang ke dalam dan tidak boleh mengamalkan dasar perlindungann kerana kita sentiasa meraih keuntungan dengan terus bersikap terbuka, mengembangkan ruang ekonomi kita, dan terus berhubung dengan dunia,” ujarnya di acara di NTU@one-north itu.

Beliau berkata Singapura mesti memanfaatkan ketersambungannya dan mengukuhkan daya tarikannya sebagai hab perniagaan bagi syarikat menempatkan ibu pejabat mereka, dan menarik bakat sejagat yang mempunyai kemahiran bagi melengkapkan tenaga kerja tempatan.

Pemboleh kedua memerlukan Singapura mempunyai tenaga kerja tangkas memandangkan pekerjaan sedia ada boleh berubah pada kadar lebih pantas dan pekerja memerlukan kemahiran baru untuk merebut pekerjaan baru ini.

“Pekerja perlu mengamalkan pemikiran pembelajaran sepanjang hayat, dan sentiasa menyegarkan serta meningkatkan kemahiran mereka. Pemerintah akan menyokong usaha ini,” kata Encik Gan.

Menurutnya, pemerintah sedang mencari cara melengkapi warga Singapura dengan kemahiran untuk berjaya dan telah mengambil beberapa langkah bagi membantu pekerja memperoleh kemahiran baru untuk bekerja dalam sektor pertumbuhan.

Ini termasuk bekerjasama dengan rakan kongsi tiga pihak bagi melancarkan program latihan di pelbagai peringkat, misalnya kursus meluas seperti Program Kemampanan Perusahaan Enterprise Singapore (ESG) untuk eksekutif perniagaan, dan program khusus sektor seperti Program Penukaran Kerjaya Tenaga Kerja Singapura (WSG).

Dialog tahunan itu platform bagi pelajar mendapatkan pandangan tentang isu dan cabaran ekonomi utama yang dihadapi Singapura dan memberi mereka peluang memahami bagaimana ekonomi memainkan peranan penting dalam penggubalan dasar.

Encik Gan menyertai dialog itu dan menyampaikan Biasiswa Perkhidmatan Ekonomi (ES) dan Anugerah Akademik Perkhidmatan Ekonomi MTI.

Dalam ucapannya, beliau juga memberi amaran walaupun Singapura telah bangkit daripada pandemik Covid-19, cabaran baru telah muncul dan semakin sengit. Namun, masih ada banyak peluang yang boleh dimanfaatkan.

“Kita boleh terus membezakan diri kita sebagai rakan perdagangan yang boleh dipercayai bersama negara yang mempunyai pemikiran yang sama.

“Sebagai contoh, sepanjang pandemik Covid-19, Singapura menunjukkan keterbukaan dan kebolehpercayaan dengan terus memudahkan aliran perdagangan sejagat, termasuk keperluan perubatan. Ini amat dihargai oleh rakan dagangan kita.

“Kita boleh mengukuhkan peranan kita sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara, yang dijangka berkembang lebih pantas daripada ekonomi sejagat sepanjang lima tahun akan datang,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >