Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat barang kemas Melayu saing dengan jenama sejagat di ekspo MBS

Jul 17, 2023 | 05:17 PM



Syarikat Melayu tempatan ini tidak segan untuk bersaing dengan jenama-jenama berprestij dan pereka barang kemas ternama di seluruh dunia yang datang ke Singapura untuk mempamer produk mereka,

Memberanikan diri, State Property Fine Jewellery, merupakan satu-satunya syarikat Melayu Singapura yang mempamerkan produk barang kemas mereka di Ekspo Barang Kemas Antarabangsa Singapura (SIJE) 2023 di Pusat Ekspo & Konvensyen Singapura Marina Bay Sands dari Khamis hingga Ahad.

Pameran barang kemas paling berprestij itu adalah pameran edisi ke-18 dan terbesar yang menampilkan barang kemas bernilai lebih $260 juta daripada lebih 280 pereka barang emas dari 28 negara di seluruh dunia.

State Property merupakan syarikat barang kemas tempatan yang dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Encik Afzal Imram dan Cik Lin Ruiyin.

“SIJE adalah peluang terbaik untuk kami bertemu pelanggan baru dan penggemar barang kemas. Ia memberi kami wadah untuk bertemu pelanggan dari Singapura dan negara lain di seluruh dunia.

“Kami menampilkan koleksi kami yang baru sahaja dilancarkan iaitu Borsh yang diilhamkan oleh motif pokok palma dalam seni bina era Byzantine,” kata Encik Afzal.

Syarikat mereka tidak asing lagi di persada dunia. Barang kemas mereka pernah dipakai oleh nama terbesar dunia seperti mantan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Cik Michelle Obama; penyanyi dan pelakon Lady Gaga; dan pelakon Hollywood, Nicole Kidman.

Pada Jun, mereka mengambil bahagian dalam pameran perdagangan di Las Vegas untuk mengukuhkan jenama mereka di pasaran Amerika. Buat kali ini di SIJE 2023, syarikat State Jewellery menyasar untuk meluaskan perkhidmatan mereka dengan membawa produk terkini.

“Kami telah cuba membawa seberapa banyak barang kemas ke pameran ini. Kami juga mempunyai pameran khas yang mempamerkan pelbagai perkhidmatan kami, termasuk perkhidmatan reka bentuk barang kemas kami yang bespoke atau dipesan lebih dahulu,” kata Cik Ruiyin


“Kami juga menumpukan usaha memastikan produk kami beza dengan pesaing kami,” kata Cik Ruiyin.

Bagi pereka dan penggemar barang kemas, SIJE 2023 merupakan pameran yang penting dan bertaraf dunia untuk mereka mempamerkan koleksi indah mereka.

Ketika ditanya bagaimana syarikat mereka mampu bersaing dengan jenama besar, Cik Ruiyin dan Cik Afzal berkata adalah amat penting ia unik agar mencipta nama tersendiri.

“State Property ialah jenama mewah kontemporari dan kami perlu mengetengahkan diri kami dengan cara yang segar dengan imej, hiasan dan paparan unik kami.

“Kami percaya kami membawa perspektif baru. Produk kami lain daripada yang lain, sangat boleh dipakai, bergaya dan bermutu.

“Selain itu, estetika moden kami membezakan kami daripada pesaing kami dengan memberikan pelanggan sesuatu yang unik,” tambah mereka.

State Property adalah satu daripada 61 pereka barang kemas tempatan yang mempamerkan jenama mereka di SIJE 2023.

Negara lain termasuk Hong Kong, Thailand, Jepun, Indonesia, Malaysia, Italy, Indonesia dan Amerika.

Antara koleksi yang akan dipamerkan oleh jenama lain termasuk set Zamrud Colombia yang jarang ditemui dengan rantai berlian berharga $2.5 juta oleh Vihari Jewels dan sepasang anting-anting Brilliant Diamond yang berharga AS$1.68 juta ($2.22 juta) daripada Ivy Masterpiece.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >