Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat semikonduktor di S’pura tidak begitu terjejas akibat gempa di Taiwan

Apr 05, 2024 | 06:55 PM



Syarikat semikonduktor yang tersenarai di Singapura mendapati rantaian bekalannya tidak terjejas dengan kesan gempa bumi pada 3 April di Taiwan.

Menyusuli gempa bumi dengan magnitud 7.4 yang melanda pantai timur pulau itu, syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) menghentikan sebahagian operasi pengeluaran cip dan memindahkan kakitangannya.

TSMC adalah pengeluar terbesar cip termaju, dengan beberapa anggaran menyatakan ia menghasilkan sehingga 90 peratus cip termaju dalam pasaran.

Pelanggannya termasuk syarikat Nvidia dan Apple, lapor The Business Times (BT).


Jurucakap syarikat huraian teknologi Frencken berkata syarikat tersebut “pada masa ini tidak menjangka apa-apa kesan (gangguan) kepada pengeluaran kami, kerana kami tidak mempunyai sebarang operasi atau pendedahan langsung di Taiwan”.

Pengarah eksekutif syarikat UMS, Encik Stanley Loh, memaklumkan bahawa pasaran Taiwan membentuk kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan syarikat itu pada 2023.

Syarikat tersebut juga setakat ini juga tidak menerima sebarang berita mengenai gangguan pengeluaran daripada pelanggan atau pembekalnya di Taiwan.

Seorang jurucakap syarikat Grand Venture Technology pula berkata syarikat itu mempunyai pembekal di Taiwan, tetapi ia tidak terjejas oleh gempa bumi tersebut.

Penganalisis turut membuat pemerhatian serupa.

Penganalisis penyelidikan kanan di RHB Singapore, Encik Alfie Yeo, berkata Taiwan adalah pemain berpengaruh dalam pasaran pengeluaran barangan semikonduktor, namun banyak syarikat tersenarai di Singapura menyokong syarikat pembuat peralatan, dan bukannya faundri iaitu kilang mencairkan logam.

Ini bermakna syarikat tersebut hanya menerima pendedahan tidak langsung kepada faundri semikonduktor di Taiwan.

Penganalisis Maybank, Encik Jarick Seet, juga percaya bahawa gempa bumi di Taiwan hanya memberi kesan minimum kepada syarikat semikonduktor tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >