Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Teknologi dan sofwe dorong syarikat berkembang paling pesat di S’pura

Jan 23, 2024 | 03:11 PM



Syarikat sektor berlainan, daripada hartanah kepada robotik dan penjagaan kesihatan, menduduki tempat teratas dalam senarai 100 syarikat paling pesat berkembang di Singapura.

Satu ciri persamaan yang dikongsi dalam kalangan syarikat itu - kesemuanya memanfaatkan teknologi dan sofwe inovatif untuk memajukan perniagaan.

Senarai Syarikat Paling Pesat Berkembang Singapura itu disediakan The Straits Times (ST) serta firma penyelidikan sedunia Statista, dan dikeluarkan pada 23 Januari.


Syarikat tenaga berbilang negara Rex International mengekalkan tempat pertama yang dimenanginya dalam ranking 2023.

Tersenarai di Bursa Singapura (SGX), syarikat itu menjalankan perniagaan penerokaan dan penghasilan (E&P) minyak dan gas di Oman, Norway dan Malaysia.

Syarikat pengangkutan laut ISO Tank Management menduduki tempat kedua. Perniagaannya di seluruh dunia berkisar pada khidmat membekal dan mengangkut tangki ISO, iaitu kontena yang direka khas mengikut piawai Pertubuhan Antarabangsa bagi Pemiawaian (ISO) untuk membawa cecair.

Antara syarikat yang berjaya menduduki tangga 10 teratas tersebut, termasuk firma pengurusan dan pengitaran semula sisa SKRYA, syarikat pendidikan dan perkhidmatan KodeKloud, pengeluar robot pembersih LionsBot, syarikat farmaseutikal khusus iX Biopharma, dan firma e-dagang Maneuver Marketing.

Senarai tersebut memaparkan 100 perniagaan tempatan yang meraih pertumbuhan tinggi dalam pendapatan antara 2019 dengan 2022.

Antara kriteria untuk disenaraikan, syarikat mestilah bebas dan beribu pejabat di Singapura dengan pendapatan sekurang-kurangnya $150,000 pada 2019 dan $1.5 juta pada 2022, menurut ST.


Penganalisis Statista, Cik Kim Seoyoung, menjelaskan: “10 syarikat teratas merupakan campuran menarik pelbagai industri.

“Walaupun mereka menjalankan perniagaan dalam sektor berbeza, produknya memanfaatkan pelbagai wadah dan alat sofwe, termasuk dalam sektor perniagaan yang biasanya dianggap bukan teknologi maklumat (IT) seperti hartanah, penjagaan kesihatan dan pengurusan sisa.

“Trend ini lebih ketara dalam firma lebih muda dalam senarai 10 teratas.”

Contonya, LionsBot menggabung industri pembersihan dengan automasi dan teknologi. Ia mengeluarkan robot pembersihan autonomi yang mampu meningkatkan kecekapan pembersih profesional.

Firma itu, yang menduduki tempat kelima dalam senarai tersebut, bermula pada 2018 dan kini mempunyai 206 kakitangan.

Robot tersebut mampu melakukan pelbagai tugas pembersihan, sering kali dalam sekitaran komersial dan perindustrian. Ia boleh membersihkan lantai batu mahupun permaidani.

Syarikat lain yang menduduki tempat tinggi dalam senarai itu termasuk firma berdaya teknologi, contohnya syarikat penjagaan kesihatan Doctor Anywhere, yang menduduki tempat ketiga pada 2023 tetapi berada di tempat ke-11 pada 2024.

Penyedia khidmat automasi pintar SimplifyNext dan penyedia khidmat transformasi digital Technopals turut berada di luar sedikit daripada kelompok 10 terbaik.

Sektor kedua paling pesat berkembang adalah teknologi kewangan dan perkhidmatan kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >