Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tiada tanda kontrak F1 S’pura rugikan pemerintah: MTI

Jan 18, 2024 | 06:45 PM



Tiada apa yang boleh menunjukkan bahawa kontrak Formula Satu (F1) atau kontrak lain yang dilakarkan untuk merugikan pemerintah, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan pada 18 Januari.

“Semua terma perjanjian telah dipertimbangkan dengan teliti oleh pemerintah,” kata MTI sambil menambah “terdapat kajian perundingan bebas dijalankan”.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran dihadapkan dengan 27 tuduhan, termasuk dua tuduhan rasuah di mahkamah pada 18 Januari.

Iswaran terlibat dalam urusan pemerintah membabitkan F1 seawal 2008.

Iswaran didakwa memperoleh barangan berharga, seperti tiket ke persembahan muzikal dan perlawanan bola sepak, sama ada daripada hartawan hartanah, Encik Ong Beng Seng, atau melalui Como Holdings (UK) atau Grand Prix Formula Satu Singapura. Encik Ong ialah pengusaha yang membawa perlumbaan kereta F1 ke Singapura.

Pada Julai 2023, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memberitahu Perdana Menteri Lee Hsien Loong, bahawa ia perlu menemu bual Iswaran sebagai sebahagian daripada penyiasatan kes yang telah dibongkarnya. Encik Lee kemudian memberikan kelulusannya untuk CPIB menjalankan siasatan secara rasmi.

Iswaran dan Encik Ong diberkas pada 11 Julai 2023, dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada 12 Julai, PM Lee berkata beliau telah mengarahkan Iswaran supaya bercuti sehingga siasatan selesai.

MTI berkata semua persiapan untuk Grand Prix Formula Satu Singapura pada 2024, yang dijadualkan pada 20 hingga 22 September, berada di landasan yang betul.

Sejak penampilan sulungnya pada 2008, Grand Prix Formula Satu Singapura telah menarik lebih 550,000 pengunjung antarabangsa dan menjana kira-kira $2 bilion dalam resit pelancongan tambahan, kata MTI. Antara 2008 dengan 2022, lebih satu bilion penonton menyaksikan perlumbaan itu.

Pada September 2023, perlumbaan itu menarik sekurang-kurangnya 264,108 pengunjung sepanjang hujung minggu perlumbaan berlangsung tiga hari.

MTI berkata acara perniagaan antarabangsa, seperti Forum Kepimpinan Time100, Persidangan CEO Global Forbes, Sidang Kemuncak Asia Institut Milken dan SuperReturn Asia, juga telah dianjurkan di sekitar perlumbaan F1 di Singapura.

Selain pelancongan, MTI menambah bahawa perlumbaan itu telah memberi manfaat kepada syarikat Singapura yang terlibat dalam pelbagai aspek perlumbaan, termasuk perkhidmatan logistik, pengangkutan, pembinaan dan kejuruteraan.

Grand Prix Formula Satu Singapura 2023 mendapat pujian antarabangsa apabila dipilih sebagai Perlumbaan Terbaik oleh media antarabangsa dan menerima anugerah Pasukan Pegawai Terbaik oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >