Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Unit Sembcorp labur dalam taman perindustrian baru di Vietnam

Dec 29, 2023 | 05:23 PM



Sembcorp Industries telah menerima lesen pelaburan untuk membangunkan satu projek taman perindustrian di kawasan Ha Tinh, Vietnam.

Pembangunan seluas 190 hektar itu akan disertakan dalam portfolio anak syarikat milik penuh Sembcorp Development, kata kumpulan itu pada 29 Disember, lapor The Business Times (BT).


Lesen pelaburan itu dianugerah kepada Taman Perindustrian Vietnam-Singapura dan Syarikat Saham Bersama Pembangunan Perbandaran (VSIP JSC) – sebuah syarikat usaha sama yang memiliki pegangan 46.5 peratus, bersama perusahaan dari Vietnam, Becamex IDC Corporation.

Disember ini, satu kelulusan secara prinsip juga diterima untuk membangunkan VSIP di kawasan Quang Ngai II.

Ini adalah pengembangan daripada VSIP pertama di Quang Ngai yang ditubuhkan 10 tahun lalu.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Sembcorp Development, Encik Lee Ark Boon, berkata lesen pelaburan baru bagi fasa pertama VSIP Ha Tinh adalah tambahan kepada lesen pelaburan yang diterima awal 2023 bagi VSIP di kawasan Lang Son dan VSIP di kawasan Nghe An II.

Menurut beliau, dengan pelaburan dalam beberapa projek itu, syarikat itu “akan terus memberi tumpuan memacu pertumbuhan Sembcorp Development di Vietnam”.

Ha Tinh, di wilayah tengah utara Vietnam, terletak bersebelahan wilayah Nghe An dan mempunyai potensi menjadi hab perindustrian.

Ia meraih manfaat daripada salah satu pelabuhan laut dalam semula jadi yang terbesar di rantau ini, iaitu, pelabuhan Vung Ang Son Duong, yang memenuhi keperluan perniagaan di wilayah itu.

Ia juga berpotensi menjalin hubungan dengan pelabuhan pemindahan dan pemunggahan seperti Singapura dan Hong Kong.

Syarikat-syarikat perkilangan di VSIP Ha Tinh boleh memanfaatkan projek tersebut yang bertujuan menjadikan kawasan itu sebagai hab pengiriman kargo dan logistik antarabangsa.

Dengan itu, barangan perkapalan tidak lagi perlu dibawa melalui pelabuhan di kawasan utara Vietnam, kata Sembcorp.

Baru-baru ini, pemerintah menjelaskan bahawa perkembangan berterusan projek VSIP menandakan hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Singapura dengan Vietnam.

Sehingga akhir 2022, Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar Vietnam, dengan pelaburan kumulatif sebanyak AS$71 bilion ($93.70 bilion).

Malah, pemerintah menyatakan banyak syarikat Singapura adalah pelabur awal di Vietnam dalam pelbagai sektor – daripada pembangunan bandar, logistik kepada gaya hidup serta pengguna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >