Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

20 individu kurang daya intelek mampu hasilkan 3,600 biskut sehari

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

20 individu kurang daya intelek mampu hasilkan 3,600 biskut sehari

Apr 22, 2018 | 05:30 AM



PERGERAKAN mereka mungkin agak perlahan, namun dengan tekad dan ketekunan, sekumpulan 20 individu kurang daya intelek mampu menghasilkan sehingga 3,600 keping biskut sehari.



Di bawah pemantauan dua pegawai latihan, mereka mencedok adunan biskut ke dalam dulang, memasukkan dulang ke dalam ketuhar dan kemudian memasukkan biskut yang siap dibakar ke dalam bekas-bekas kecil.



Mereka merupakan klien Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds) yang bekerja di bawah perusahaan sosial Minds Bakers di Pusat Pembangunan Pekerjaan persatuan itu di Margaret Drive.



Sejumlah 46 klien Minds bekerja di bawah Minds Bakers yang turut beroperasi dari pusat di Woodlands.



Mereka, yang menerima elaun bulanan, bertanggungjawab menghasilkan biskut yang ditempah pelanggan bagi perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Krismas, majlis perkahwinan dan ulang tahun atau acara korporat.



Ditemui Khamis lalu, pegawai latihan, Encik Mohd Rohaizat Amat, berkata bilangan klien Minds yang bekerja di Minds Bakers di Margaret Drive telah meningkat daripada 14 apabila perusahaan itu diperkenal pada 2012 kepada 20 kini.



Mereka bekerja dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan bertanggungjawab ke atas setiap proses pembikinan biskut kecuali mengadun.



Tugas mengadun digalas Encik Rohaizat, 49 tahun, dan seorang lagi pegawai latihan, yang datang awal setiap pagi bagi menyediakan adunan.



Ini kerana tidak semua klien mempunyai kebolehan mengenal atau menimbang bahan dengan baik.



Ada klien pula agak perlahan pergerakannya, dan ada yang kemahiran motornya kurang baik.



"Tugas yang kami anggap mudah seperti mengenakan penutup botol atau mengikat tali agak mencabar bagi mereka. Perlahan-lahan kami menggalak mereka dan hari ini mereka berkeyakinan dan mampu melakukan tugas dengan baik.



"Kami perlu banyak bersabar dengan mereka dan beri mereka ruang untuk belajar, menyesuaikan diri dan menyumbang kepada masyarakat," kata Encik Rohaizat yang berpengalaman 20 tahun bekerja bersama Minds.



Bagi memudahkan kerja klien Minds Bakers, mereka menggunakan sudu kecil untuk mencedok adunan ke dalam dulang.



Ini juga memastikan saiz seragam biskut yang dihasilkan.



Selesai membuat biskut, mereka perlu membersihkan semua peralatan yang telah digunakan.



"Apabila bekerja dengan golongan berkeperluan khas, kami perlu ada sistem bekerja yang teratur supaya keadaan tidak huru-hara. Kami juga perlu memantau kerja dan keselamatan mereka, dan ada kala menangani klien yang mahukan perhatian berlebihan, atau yang ada isu antara satu sama lain," kata Encik Rohaizat.



Salah seorang klien Minds Bakers, Cik Nur Adilah Shaharudin, 19 tahun, berkata beliau suka membuat biskut dan suka bekerja bersama rakan-rakannya.



"Saya mencedok adunan, membersihkan meja dan mencuci mangkuk mengadun yang besar. Saya suka bekerja di sini. Orang di sini kawan baik saya," katanya yang bekerja di Minds Bakers selepas tamat pengajian di sekolah pendidikan khas Minds tiga tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >