Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

2016 satu kemanisan buat Yuna

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

2016 satu kemanisan buat Yuna

Dec 23, 2016 | 02:59 PM



BUKAN sekejap, tetapi hampir enam tahun dia berusaha menempatkan diri dalam lapangan muzik Amerika Syarikat.



Dalam tempoh itu, pelbagai cabaran dan dugaan berjaya ditempuhinya sehingga membuahkan kejayaan demi kejayaan.



Kini, Yuna menjadi antara nama yang mula meniti di pentas antarabangsa.



Bahkan, penyanyi lagu Terukir Di Bintang ini boleh berbangga apabila album terbarunya, Chapters turut tersenarai sebagai 10 Album R&B Terbaik oleh carta Billboard 2016.



"Sebenarnya, apabila saya berkarya, saya tak expect (menjangkakan) apa-apa pun.



"Saya buat album kerana ia kerja saya dan saya mahu berkongsi dengan satu dunia.



"Jadi, apabila diiktiraf sedemikian rupa, saya anggap ia sebagai satu penghargaan yang besar," katanya.



Biarpun terkejut, Yuna akui pengiktirafan itu membentuk dirinya lebih bermotivasi untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam industri muzik.



"Carta itu menyenaraikan semua nama-nama besar dalam bidang muzik.



"Ia merupakan carta muzik yang ternama tapi tiba-tiba ada nama saya pula. Ya, ia benar-benar memberi motivasi kepada saya," katanya.



Album Yuna berada di tangga ketujuh daripada 10 terbaik, termasuk penghibur-penghibur popular dunia seperti Beyonce, Rihanna dan John Legend.



Chapters yang juga album kelimanya memuatkan karyanya bersama DJ Premier dan antara lagu-lagu popular termasuklah Crush, Places to Go dan Lanes.



Pada masa sama, lagu nyanyiannya On Ghost Ridge di senarai antara 91 lagu yang dicadangkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Scienes dan bakal dipertandingkan di Anugerah Akademi 2017 (Oscar 2017).



Katanya, On Ghost Ridge ditulis oleh komposer yang juga pemenang Anugerah Emmy, Nicholas Pike dan menjadi lagu runut bunyi bagi sebuah filem dokumentari, 100 Years: One Woman's Fight for Justice berkisar mengenai perjuangan membela hak Orang Asli Amerika.



"Sebenarnya, projek ini datang secara tiba-tiba dan saya sendiri baru tahu mengenai perjuangan masyarakat peribumi di AS.



"Bagi saya, ini satu penghargaan besar. Lagipun, saya ditawarkan untuk menyanyikan lagu ini kerana pengarah filem itu sendiri yang suka akan suara saya.



"Jujurnya, saya sangat terharu dan menyanyikan lagu itu sebagai usaha membantu mereka," katanya.



Rentetan itu, tidak salah sekiranya penyanyi berusia 30 tahun ini menganggap 2016 sebagai tahun cemerlangnya.



"Ya, saya rasa inilah tahun gemilang saya. Sebelum ini, kamu (media) sendiri pernah bertanya tentang ini. Memang ia tak ke mana, kerana ia bukan sesuatu yang mudah.



"Alhamdulillah, sabar dan terus sabar tapi tetap kena kerja keras. Itu saja caranya.



"Akhir sekali, buatlah kerja dengan ikhlas serta bagus, bukan hanya satu kumpulan yang boleh terima muzik itu sebaliknya satu dunia," katanya.



Pembakar semangat



Ekoran kejayaan demi kejayaan yang tercipta di luar negara sekali gus mengharumkan nama Malaysia, Yuna sekali lagi terpilih sebagai penerima Anugerah Kembara di Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22).



Sebelum ini, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini pernah menerima Anugerah Kembara pada AIM18.



"Ini adalah Anugerah Kembara yang kedua diterima di AIM. Sebenarnya, saya agak terkejut kerana pernah dapat sebelum ini.



"Alhamdulillah, saya juga gembira kerana hasil kerja keras saya selama ini rupanya disedari dan dihargai," katanya.



Pun begitu, Yuna juga berharap agar penghargaan tersebut dapat menjadi pembakar semangat kepada pemuzik lain untuk berkarya di luar negara.



"Inilah yang ingin saya kongsikan dengan pemuzik tempatan di Malaysia. Sebenarnya, mereka boleh pergi jauh.



"Saya juga tak mahu saya saja yang dapat anugerah ini.



"Sebab itu, saya harap kejayaan ini dapat memberi semangat kepada orang lain terutamanya golongan muda untuk mencuba nasib mengembara di negara lain.



"Pendek kata, anda perlu beranikan diri dan jangan takut tentang persepsi negatif orang lain," katanya. - Sinar Harian




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >