KESIBUKAN menjaga anak ketiga yang dilahirkan empat bulan lalu tidak menghalang selebriti dan usahawan Norfasarie Mohd Yahya menghasilkan koleksi baju Hari Raya bagi butik dalam taliannya, Style by Norfasarie.
Tahun ini, beliau bekerjasama dengan rakan baiknya, pereka fesyen setempat, Cik Adlina Anis, bagi menghasilkan tiga rekaan baju Raya wanita yang menggunakan kain broked.