Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aaron Aziz dapat gelaran 'Datuk'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aaron Aziz dapat gelaran 'Datuk'

Dec 16, 2017 | 06:25 PM



PELAKON popular Aaron Aziz kini bergelar Datuk setelah dikalungkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar sekitar Pekan, Pahang.


Selain Aaron, 41 tahun, gandingannya dalam filem aksi Dampak, Farid Kamil, 36 tahun, turut disampaikan dengan gelaran Datuk.


Mereka adalah antara 167 penerima darjah kebesaran dan pingat yang disampaikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Ucapan tahniah membanjiri laman media sosial Aaron, baik Twitter, Instagram dan Facebook. Warga Singapura tumpang bangga dengan pencapaian Aaron yang diberi gelaran 'Hero Malaya' malah banyak menjayakan drama kegemaran ramai seperti Adam dan Hawa, Isteri Tuan Ihsan dan Tuan Anas Mikael.


Sebelum ini, seorang lagi pelakon asal Singapura, Adiputra, turut menerima gelaran Datuk.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >