Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aaron tidak mahu dibedah bagi sakit tengkuk sebab takut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aaron tidak mahu dibedah bagi sakit tengkuk sebab takut

May 31, 2017 | 05:30 AM



SAKIT sendi tengkuk yang dialami Aaron Aziz sejak empat tahun lalu belum pulih dan ia terus mengganggu kehidupan pelakon Singapura itu



Bagaimanapun, Aaron, 41 tahun, lebih rela bergantung pada ubat-ubatan daripada menjalani pembedahan bagi merawat penyakitnya itu.



Aaron, yang ditemui semasa acara 'Sembang Santai Jakel Barulah Raya 2017', di Jakel Mall, Kuala Lumpur, berkata penyakit yang dialaminya sejak 2013 itu menjadi lebih serius apabila beliau mendukung anaknya awal tahun ini hingga menyebabkan bahu dan tangan kirinya berasa kebas.



"Saya mula perasan tentang penyakit ini ketika mengacarakan program realiti Fear Factor Malaysia musim pertama, tetapi pada awalnya saya cuma menyangka ia lenguh-lenguh biasa.



"Lama-kelamaan kesakitannya semakin terasa setiap kali saya mengangkat barang berat. Selepas berasa kebas waktu saya mendukung anak, terus isteri saya bawa saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



"Doktor menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan bagi memperbetulkan urat-urat yang tersepit tetapi buat masa ini saya lebih rela bergantung pada ubat yang dibekalkan bagi mengurangkan rasa sakit," katanya, lapor Utusan Malaysia.



Beliau pernah dikejarkan ke hospital disebabkan penyakit itu ketika menjalani penggambaran filem Mr Perfect 10.



Aaron mengakui bahawa beliau tidak suka suasana di hospital dan takut jarum, apatah lagi pembedahan yang menggunakan pisau.



"Bagaimanapun, mungkin saya pertimbangkan mengenai pembedahan itu selepas didesak oleh isteri dan rakan-rakan. Lagipun demi kesihatan saya juga," tambahnya.



Walaupun sedang berhadapan dengan penyakit tersebut, Aaron tidak menghentikan kegiatan lakonannya, cuma mengurangkan aksi lasak sahaja.



Bagi tidak memikirkan tentang penyakitnya, bapa tiga anak itu memberi tumpuan pada kerjaya lakonannya.



Beliau baru selesai menjalani penggambaran sebuah filem Tamil Tik Tik Tik, yang dirakamkan di Chennai, India, selama 24 hari pada Mac lalu.



Beliau membawa peranan antagonist Kapten Li Wei dalam filem ngeri angkasa lepas yang diarahkan sutradara India Shakti Soundar Rajan itu.



"Selepas tamat penggambaran, saya menghabiskan sebulan berehat bersama keluarga dan bagi sembuhkan kesakitan," ujarnya.



Ketika ini, beliau sedang sibuk menyiapkan telemovie khas Hari Raya, Tuan Ihsan Raya.



Beliau juga terlibat dalam rancangan Kembara Amal Kasih Jerantut Pahang, program amal yang dianjurkan sebuah badan tanpa keuntungan, Amaleens, yang dinaungi Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Aishah Sultan Ahmad Shah.



Artis lain yang terlibat dalam program dua hari itu ialah Datuk Ziela Jalil, Datuk Yusni Hamid, Datuk Hattan, Datuk Malik Riduan, Datuk Khadijah Ibrahim, Nashrudin Elias (Nash), Datuk Seri Shah Rezza, Danny X-Factor dan penyanyi Kael.



Mereka berjaya mengumpulkan RM200,000 untuk dibahagi-bahagikan kepada 167 penerima zakat di Pahang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >