LOS ANGELES - Adele sapu Anugerah Grammy ke-59 bagi albumnya, '25', yang menjadi hit di seluruh dunia, sekali gus menyekat Beyonce daripada anugerah besar.
Adele menang lima anugerah, termasuk album, rekod dan lagu terbaik 2016 bagi '25' dan bagi lagu hit Hello - mengulangi pencapaiannya lima tahun lalu dengan album '21'. Beliau merupakan satu-satunya artis yang dua kali memenangi album, rekod dan lagu terbaik.
Dengan model perniagaan industri muzik yang cepat beruabh, tiga anugerah Grammys, termasuk artis baru terbaik, dimenangi Chance the Rapper, dari Chicago.
Malah anugerah itu dilihat sebagai pertandingan antara Adele dan Beyonce, dua bintang besar yang bersaing satu sama lain dalam semua kategori utama.
Dalam ucapan penerimaannya untuk album tahun ini, Adele memberi penghormatan kepada pesaingnya, dengan linangan air mata, berkata: "Saya memuja anda dan saya mahu anda menjadi ibu saya," selepas memenangi rekod terbaik. - NYTimes