Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Adi Putra fail cerai isteri pertama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Adi Putra fail cerai isteri pertama

Mar 21, 2017 | 05:30 AM



KEMELUT dalam rumah tangga pelakon asal Singapura, Adi Putra, kini masuk ke episod baru apabila pelakon popular itu membuat pendaftaran bercerai dengan isteri pertamanya awal bulan ini.



Tidak sampai setahun hidup berpoligami dengan dua isteri, Adi, 36 tahun, dikatakan membuat permohonan bercerai dengan isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42 tahun.



Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Adi telah pun membuat permohonan tersebut di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.



"Dalam permohonan tersebut, Adi bertindak selaku plaintif manakala Zuhaidah pula dinamakan sebagai defendan. Difahamkan, permohonan perceraian yang didaftarkan pada 3 Mac itu akan disebut dalam masa 21 hari daripada tarikh pendaftaran di mahkamah yang sama," jelas sumber berkenaan.



Adi dan Zuhaidah bernikah pada 14 April 2006 dan belum dikurniakan zuriat sendiri. Ini bukan kali pertama beliau membuat permohonan memfailkan perceraiannya dengan Zuhaida. Pada 11 Mei 2012, permohonan bercerai pernah dibuat di mahkamah yang sama.



Ketika itu, Adi memberitahu media beliau telah mengambil keputusan berpisah secara baik selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga mereka gagal. Bagaimanapun, sembilan hari selepas mendaftar permohonan itu, mereka mengambil keputusan menarik semula permohonan mereka kerana berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda.



Pada 20 Jun tahun lalu pula, Adi berkahwin dengan isteri keduanya, Norshahida Dzolkifly, 33 tahun. Mereka merupakan rakan kongsi perniagaan. Malahan baru-baru ini, Adi menafikan berita yang tersebar menyatakan beliau dan Norshahida sudah berpisah.



Buat masa ini, Adi berada di tanah suci mengerjakan umrah dan tidak dapat dihubungi media.



Dalam pos Instagram beliau kelmarin, Adi menulis:



"Walau apa pun terjadi, mahupun jodoh, ujian, dikata, dikomen, disuka, dibenci, dihina, nak aib ke, walaupun tokoh awam sekali pun, ada saya kisah. Peduli tidak. Doa yang mereka kirimkan pada saya telah saya doakan dan diamanahkan. Manusia di luar, apabila kita susah ada yang membantu? Apabila kita senang ketawa, mereka dekat. Apabila kita susah, sedih, mereka menjauhi. Tapi ada saya kisah dan peduli kecuali mereka yang dekat dan mengenali saya dan saya amat hargai.



"Aku keluar dari rahim ibuku sebagai seorang Muslim. Yang penting, ibuku tak komen dan tak kata apa-apa malah mohon doa dan restu darinya."



Beliau turut melampirkan perbualan WhatsApp antaranya dengan seorang wartawan tabloid yang cuba menghubunginya ketika beliau menyatakan dirinya berada di Madinah, mengerjakan ibadah di sebelah makam nabi.



"Mungkin ada yang memahami dan ada yang tidak memahami apabila kita melaksanakan ibadah," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >