Adi Putra, Rosyam Nor lawat bazar Ramadan

MEREKA yang meminati Rosyam Nor, Adi Putra dan Lynn Malik - jangan lepaskan peluang untuk bersama artis-artis ini yang akan melawat bazar Ramadan esok dan hujung minggu mendatang.

Artis popular itu dijangka berada di tiga bazar berbeza kendalian Orange Coach Travel dan Orange Events Media.

Petang esok sahaja, sekiranya anda berada di daerah Woodlands, anda diajak datang beramai-ramai melihat Rosyam Nor, Adi Putra dan Lynn Malik.

"Kemunculan artis akan bermula sekitar 4 petang. Para artis juga dijangka akan membantu melelong beberapa produk bagi tujuan amal," ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange Coach Travel dan Orange Events Media, Syah Ibrahim.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.