Adlin Aman Ramlie ditahan polis

PETALING JAYA (Selangor): Seniwati veteran Ruminah Sidek, 70 tahun, terkejut selepas dimaklumkan anaknya iaitu pelakon, Adlin Aman Ramlie, 44 tahun, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan hartanah.

"Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu," katanya ketika dihubungi mStar Online lewat malam Khamis tanpa mahu mengulas lanjut.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000 ($166,805).

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Roslan Abd Wahid dilaporkan berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya di dekat sini kira-kira pukul 2 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Artis berkenaan dikatakan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasaan.

Dalam pada itu isteri Adlin iaitu Emelda Rosemila yang dihubungi mStar Online tidak mengaktifkan telefon bimbitnya. - mStar Online

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.