KUALA LUMPUR: Peringatan tentang dunia yang fana dan bersifat sementara dibawa kumpulan nasyid Hijjaz dengan mendendangkan penuh syahdu lagu Selimut Putih.
Kesemua mata penonton dalam acara Gema Gegar Vaganza di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, baru-baru ini itu terpaku dek keranda yang perlahan-lahan diusung ke pentas dari belakang dewan.