Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Akhirnya bapa dan anak kembali mesra selepas kelahiran cucu

May 18, 2018 | 05:30 AM



SEKITAR 15 tahun, hubungan antara Encik Mohamad Umar Mohamad Mossudiq dengan bapanya renggang selepas orang tuanya berpisah ketika beliau berusia 11 tahun.



Bapa dan anak itu jarang berbual dan mereka cuma berjumpa setahun sekali pada Hari Raya.



Namun, selepas Encik Umar mendapat cahaya mata sulung, hubungannya dengan bapanya kembali mesra, dan mereka kini berjumpa sekali setiap tiga atau enam bulan.



"Waktu saya bernikah, bapa saya ada datang sekejap. Tapi selain itu, beliau jarang telefon dan bertanya khabar. Kita pun jarang sekali berjumpa.



"Tapi selepas saya telefon bapa saya dan beritahu beliau dah ada cucu pertama, kami mula rapat. Beliau selalu tanya tentang perkembangan cucu-cucunya dan tanya apakah mereka sudah pandai berenang," kata bapa enam anak berusia antara 12 tahun dengan sembilan bulan itu.



Encik Umar dan bapanya, Encik Mohamad Mossudiq Ashaari, hadir untuk berkongsi kisah mereka di pelancaran Sambutan Meraikan Bapa di Hab Pengembaraan Bapa Pusat Kebapaan (CFF) di The Tennery di Bukit Panjang semalam.



Menyingkap zaman kanak-kanaknya, Encik Umar, 38 tahun, berkata bapanya, yang bekerja sebagai penyelamat nyawa (lifeguard), sering sibuk bekerja dan jarang dapat meluangkan masa bersama beliau dan adiknya.



"Tapi apabila beliau ada masa lapang, beliau ajar saya bermain gitar, berenang dan berbasikal. Sekarang, beliau pula yang ajar cucu-cucunya berenang. Di bawah tunjuk ajarnya, anak-anak saya sudah pandai berenang.



"Selepas kami kembali mesra, saya berpeluang melihat ciri penyayang dalam diri bapa saya yang cuma beliau tunjukkan kepada cucu-cucunya," kata Encik Umar yang bertugas sebagai pegawai kanan dalam bahagian logistik.



Encik Mossudiq, 64 tahun, berkata semasa anak-anaknya kecil, beliau memang sibuk bekerja sebagai penyelamat dan jurulatih renang.



"Waktu itu saya bekerja sebagai penyelamat dan saya selitkan juga kelas mengajar berenang. Jadi masa untuk keluarga amat terhad. Saya biasanya ada masa untuk mereka selepas saya balik iaitu pada waktu malam," kata penyelamat di Kelab Perkhidmatan Awam di Bukit Batok itu.



"Hubungan kasih sayang dan kemesraan dengan anak-anak itu sebenarnya ada, cuma kita perlu bahagikan masa dengan baik," tambah datuk sembilan cucu itu.



Melihat apa yang berlaku kepada ibu dan bapanya membuat Encik Umar mahu menjadi bapa yang lebih baik kepada anak-anaknya.



"Banyak yang saya pelajari daripada bapa saya antaranya ialah untuk mengetepikan masa buat anak-anak.



"Walaupun saya bekerja, saya cuba mencari masa berbual dan bertanya khabar dengan anak-anak setiap hari seperti pada waktu sebelum tidur atau semasa menghantar mereka ke sekolah," kata relawan CFF itu.



"Selain itu, saya juga belajar cara mengurus kewangan daripada bapa saya kerana beliau sehingga hari ini masih menanggung keluarga termasuk anak berusia 20 tahun hasil perkahwinan keduanya," kata Encik Umar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >