Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Alias Kadir selamat jalani pembedahan potong kaki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Alias Kadir selamat jalani pembedahan potong kaki

Aug 05, 2017 | 05:30 AM



SELEPAS dua jari kaki kirinya dipotong, kini bahagian bawah lutut kaki yang sama terpaksa dikudungkan.



Itulah nasib yang menimpa pelawak terkenal setempat Alias Kadir, selepas doktor mendapati luka pada kaki kirinya itu kian menjadi serius.



Beliau dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) lebih seminggu lalu dan menjalani pembedahan itu pagi semalam.



Beliau kini berada dalam keadaan sedar selepas menjalani pembedahan yang berlangsung sekitar empat jam pagi semalam.



Semasa ditemu ramah ringkas Berita Harian (BH) menerusi telefon semalam, Alias berkata beliau masih dalam keadaan sakit dan menjangka dirinya akan berada di hospital bagi tempoh lebih seminggu.



"Alhamdulillah, kaki dah dipotong seperti yang dirancang. Doktor kata saya perlu beransur pulih sebelum dibenar pulang.



"Ini mungkin ambil masa sekitar seminggu hingga 10 hari," ujarnya lagi.



Malam kelmarin, Alias, 54 tahun, yang sedih akan nasibnya itu berkata beliau telah keluar masuk hospital beberapa kali sepanjang beberapa bulan lalu.



"Tapi yang terkini, doktor mengesahkan bahagian kaki kiri bawah lutut perlu dikudungkan.



"Jika tidak mereka bimbang kuman boleh merebak dan ini boleh membawa maut," ujarnya lagi yang sendiri minta dimasukkan ke hospital kerana badan terlalu lemah.



Menurutnya, bahagian kaki terjejas sudah mula bertukar gelap warna kulitnya, tidak dapat dirasa dan lukanya sudah mula bernanah.



Beliau yang kini tinggal bersama isteri keduanya, Cik Begum Jan Mohd Ayub, 64 tahun, seorang suri rumah, juga bimbang kerana isterinya itu turut menghidap barah sehinggakan buah dada sebelah kirinya terpaksa dipotong.



"Ini semua sudah suratan Ilahi.



"Saya hanya minta keluarga, rakan dan mereka yang kenali kami agar dapat doakan kami berdua dalam menempuh sisa kehidupan. Itu sahaja," ujarnya.



Sementara itu, Cik Begum yang sudah selesai menjalani kemoterapi tetapi masih mendapatkan rawatan susulan doktor berkata beliau lebih bimbangkan keadaan suaminya - apatah lagi dengan kakinya itu dikudungkan.



"Yang pasti keadaan tidak akan serupa seperti sebelum ini. Banyak penyesuaian perlu dibuat selepas ini," katanya semasa dihubungi.



Pada masa ini, pasangan itu menetap di flat dua bilik di Boon Lay Drive dan bergantung kepada sokongan anak yang menjaga mereka.



Alias mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya, sementara isteri keduanya itu mempunyai empat anak. Kededua mereka sudah mempunyai cucu.



Ditanya tentang rancangannya selepas kakinya itu dikudungkan, Alias berharap dapat memakai kaki prostetik bagi memastikan mutu kehidupannya tidak teruk terjejas.



"Alhamdulillah, kaki dah dipotong seperti yang dirancang. Doktor kata saya perlu beransur pulih sebelum dibenar pulang. Ini mungkin ambil masa sekitar seminggu hingga 10 hari."
- Alias Kadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >