Pentingkan...
keluarga yang gundah
saudara yang menadah
bukan yang di luar sana
demi kerana mendapat nama
tapi penerimaannya belum nyata
Utamakan...
Ibu bapa yang resah
anak cucu yang gelisah
bukan yang jauh beribu batu
demi mendapat pujian nombor satu
tapi ganjarannya belum lagi tentu