TERSEMAI keihsanan dalam diri Cik Amal 'Aliah Jamaludin terhadap keperluan golongan memerlukan setelah menemui insan cacat pendengaran atau diuji dengan Sindrom Asperger.
Sindrom Asperger sejenis gangguan pembangunan minda yang menimbulkan kejanggalan berinteraksi dan bergaul secara sosial. Beberapa tabiat dan kecenderungan individu berkenaan juga terbatas.