Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Amboi! 110 pasang baju Raya untuk Che Ta tiga beranak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Amboi! 110 pasang baju Raya untuk Che Ta tiga beranak

Jun 18, 2016 | 05:30 AM



PASANGAN suami isteri selebriti dari seberang Tambak, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, sudah menyediakan 110 pasang pakaian Hari Raya bagi keluarga mereka tahun ini.



Zain, 32 tahun, memberitahu mStar Online bahawa pakaian untuk beliau dan isteri ialah 30 pasang seorang, manakala pakaian buat anak mereka, Aaisyah Dhia Rana, pula setakat ini sebanyak 50 pasang.



"Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukuplah untuk sebulan beraya,'' kata Zain.



Tahun lalu, tiga beranak itu masing-masing mempunyai 20 pasang pakaian Raya.



Menurut Zain lagi, isterinya lebih teruja menyediakan pakaian Hari Raya bagi anak mereka yang kini berusia dua tahun dan jumlahnya mungkin lebih daripada 50 pasang.



"Untuk anak biasalah... Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang! Kita tengok sahajalah nanti," kata Zain.



Menurut Zain, pakaian Hari Raya beliau pada tahun ini adalah daripada koleksi sendiri iaitu 'Ketak by ZainSaidin'.



Mengenai sambutan Syawal tahun ini pula, Zain berkata mereka akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman Che Ta di Kedah pada Hari Raya kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >