USIANYA baru 30 tahun tetapi ini tidak menghalang Encik Ahmad Hidayat Ahmad Safiee membuka coffee house sendiri, Dutch Colony Coffee Co, dengan modal $200,000.
Usahawan muda yang berani mengambil risiko ini menganggap budaya kafe dan pendedahan lebih luas di kalangan anak muda tentang kopi bermutu, memberinya sebab kukuh menubuhkan coffee house ini.