Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Angelina makan serangga dengan anak di Kemboja, bercakap tentang perpisahan dengan Brad Pitt

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Angelina makan serangga dengan anak di Kemboja, bercakap tentang perpisahan dengan Brad Pitt

Feb 21, 2017 | 11:45 AM



AKTRES Angelina Jolie telah difilem makan labah-labah dan kala jengking bersama anak-anaknya di Kemboja dan bercakap kepada umum buat kali pertama mengenai perpisahannya dengan Brad Pitt.



"Anda bermula dengan cengkerik dan bir, dan kemudian naik sikit kepada tarantula," kata pelakon itu kepada wartawan BBC Yalda Hakim dalam satu temu bual yang dirakamkan baru-baru ini, disaksikan beberapa anaknya.



Dalam video di akaun BBC News Twitter, Jolie, 41 tahun, dilihat mengajar sekumpulan orang bagaimana mengeluarkan sengat labah-labah dan kemudian menggorengnya dengan kala jengking dan serangga lain.



"Pertama kali saya memakannya ketika saya pertama kali berada di negara ini," kata Jolie yang berlakon dalam filem Lara Croft: Tomb Raider pada 2001 di Kemboja.



Beliau dilihat makan serangga dan nerkata "rasanya benar-benar baik," sambil menambah bahawa sukar mengunyah kala jengking.



Anaknya Knox, lapan tahun, berkata rasanya seperti cip kering, kerepek tidak berperisa".



Kehadiran beliau di Kemboja menandakan penampilan awam yang jarang sejak perpisahan berprofil tinggi tahun lepas daripada pelakon Pitt.



Beliau berada di Siem Reap wilayah pada hari Sabtu untuk menyaring filem baru First They Killed My Father, sebuah filem baru arahannya berdasarkan memoir seorang mangsa rejim Khmer Rouge 1970-an.



Tayangan perdana di kuil kompleks Angkor Wat akan disusuli dengan tayangan di seluruh negara, kira-kira tujuh bulan sebelum filem itu dibawa keluar kepada penonton global pada Netflix.



Jolie juga mengulas mengenai perceraiannya daripada Pitt dalam temuduga.



"Saya tidak mahu bercakap banyak tentang itu, sekadar mengatakan bahawa ia adalah masa yang amat sukar. Kami adalah sebuah keluarga, dan kami akan sentiasa menjadi sebuah keluarga. Kami akan mengatasi masa sukar ini dan menjadi keluarga lebih teguh," kata penuh emosi.



Beliau menambah: "Fokus saya adalah anak-anak saya, anak-anak kami. Dan tumpuan saya adalah mencari jalan keluar.



"Seperti yang saya katakan, kami selama-lamanya akan menjadi sebuah keluarga. Begitulah cara saya menghadapi. Saya menghadapinya dengan mencari jalan memastikan bagaimana ia menjadikan kami lebih kuat dan lebih dekat."



Beliau dan Pitt mempunyai enam anak, termasuk tiga anak angkat dariluar negara.



Seorang daripadanya ialah Maddox, 15 tahun, dari Kemboja dan menemaninya dalam perjalanan.



Beliau memfailkan tuntutan cerai pada September lalu dan kini menjaga anak-anak mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >