EMPAT jam sebelum menerima berita gembira dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kelmarin, juara Akademi Fantasia 2015 Sufi Rashid mendedikasikan ucapan Hari Ibu buat emaknya di Singapura.
"Selamat Hari Ibu, Mama! Walaupun Sufi jauh dari Mama, Sufi tetap doakan kebahagiaan Mama. Mama adalah ibu yang kuat dan cekal menangani banyak cabaran dalam kehidupan. Ini adalah kerana Allah menyayangi Mama. Sufi sayang Mama. Buat selamanya dan selalu," begitu susunan katanya di laman Facebook.