WATAK dongeng Rapunzel biasanya diceritakan menerusi bahan bacaan, filem atau muzikal berbahasa Inggeris.
Namun, bayangkan keadaannya apabila watak yang terkenal dengan rambut panjang mengurai itu menyanyi lagu Melayu seperti Menahan Rindu (yang dipopularkan Wany Hasrita) dan berduet dengan heronya dalam lagu Dirgahayu (Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir).