SELEPAS berjinak-jinak bercucuk tanam dalam pasu di koridor, Cik Nurul Syazana Mohd Adnan meneroka pula tapak berkebun lebih besar di kebun masyarakat tidak jauh dari bloknya di Bedok North Road.
Beliau mengalihkan beberapa tanamannya dari pasu ke tapak seluas 1.5 meter kali satu meter di kebun itu dan menaruh harapan tanamannya tumbuh segar seperti tanaman lain di kebun itu.