DALAM satu usaha meningkatkan kesedaran di kalangan belia tentang keperluan pendermaan darah, persatuan Palang Merah Singapura (SRC) memperbaharui aplikasi telefon bijak, Red Cross Connection.
Aplikasi tersebut, yang pertama kali dilancarkan pada 2013, memperkenalkan ciri-ciri baru bagi menarik perhatian pengguna, terutama, belia berusia 16 hingga 25 tahun.