Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Artis Indonesia kuasai APM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis Indonesia kuasai APM

Sep 29, 2018 | 05:52 PM



BAGAIKAN bertanding di Sukan Asia.



Begitulah seloroh Gamaliel Krisatya Tapiheru, anggota kumpulan tiga serangkai Gamaliel Audrey Cantika (GAC) dari Indonesia apabila penulis menyatakan, "Wah! Indonesia menang besar di Anugerah Planet Muzik (APM) 2018."



GAC memenangi Anugerah Duo/Kumpulan Terbaik bagi lagu Suara.



Ternyata, acara gilang-gemilang di Teater MES, Mediacorp semalam menyaksikan artis Indonesia menang besar dalam 11 daripada 18 kategori yang dipertandingkan.



Sedang Datuk Rossa, 39 tahun, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Planet Muzik kerana prestasi membanggakan di Nusantara, Judika, 40 tahun, pula membawa pulang jumlah anugerah terbanyak bagi APM 2018.



Empat anugerah yang bekas naib juara Indonesian Idol 2 itu bawa pulang merupakan bagi kategori Lagu Terbaik APM, Lagu Terbaik (Indonesia), Artis Terbaik (Lelaki) dan Kolaborasi Terbaik (Artis) bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.



Pendek kata, empat anugerah yang dinanti-nanti pengumuman pemenangnya dirangkul bintang Indonesia. Melalui kisah cinta hampanya bersama bekas teman lelaki yang terakam dalam lagu You Know, Sara Fajira, diberi gelaran Artis Baru Terbaik (Wanita).



Pelantun lagu Flawless/Merona, Adrian Khalif, 26 tahun, dipilih sebagai Artis Baru Terbaik (Lelaki) dan menyifatkannya sebagai rezeki anak kecilnya.



Sedang Judika menjadi pilihan tepat bagi Anugerah Artis Terbaik (Lelaki) menerusi lagu Jikalau Kau Cinta, penyanyi dan komposer muda berusia 25 tahun, Isyana Sarasvati, mengejutkan ramai apabila dipilih sebagai Artis Terbaik (Wanita) melalui lagu Lembaran Buku.



Beliau menewaskan saingan sengitnya yang terdiri daripada vokalis handalan, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah dari Malaysia serta rakan senegaranya, Raisa Andriana dan Rinni Wulandari.



Dalam pada itu, keunggulan band legenda Indonesia, Sheila On 7, ternyata masih tidak lagi mampu dipertikai dengan ia memenangi kategori Band Terbaik. Manakala artis asal Brunei, Jaz Hayat, 25 tahun, yang sudah harum namanya di Indonesia, memberi kemenangan juga buat komposer Indonesia, Choki Cassandra, Gregorio L. Kwen, Ramadhan Handy 'Soulvibe' dan Asta Andoka 'Ran' bagi kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu). Lagu yang dihasilkan bersama merupakan Teman Bahagia.



Kata Judika ketika ditemui selepas memenangi anugerah:



"Saya kepingin menang di APM tetapi tidak sangka dapat bawa pulang sebanyak ini...ada empat piala, setiap satu berat-berat, dalam tangan."



Beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat setianya di Nusantara serta isteri dan dua anak yang selalu menjadi tunggak dalam memberinya semangat berkarya secara bersungguh-sungguh.



Namun, dalam meraikan kejayaan di APM, artis-artis Indonesia ini tidak lupakan mangsa gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter di Palu, Sulawesi Tengah, semalam.



"Anugerah ini adalah bagi teman-teman yang terjejas dengan bencana di Palu. Harapan saya agar mereka dapat bangkit semula," kongsi Judika.



Rossa pula dalam lampiran pos Instagramnya menulis: "Di tengah kebahagiaan kami di Singapura, saya bersedih teramat dalam buat saudara-saudara kita yang sedang diberikan cubaan di Palu, Sulawesi. Ya Rabb, selamatkanlah kami semua.



"Al-fatehah buat semua korban. Tugas kita selanjutnya, mari bersama-sama saling menolong. Semoga Allah melindungi kita semua."



Isyana juga melahirkan rasa dukanya dengan menulis: "Turut berduka atas musibah yang menima saudara-saudara kita di Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah. Semoga semuanya dalam lindungan Allah."



APM 2018 merupakan anjuran bersama Mediacorp Suria, Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >