MESKIPUN menggunakan kaki palsu ia tidak menghambat Hamid Ahmad, pemain bes kumpulan Black Dog Bone (BDB) daripada terus membuat persembahan semasa Festival Muzik Amal (CMF) II - Masih Ada Yang Sayang, Sabtu lalu.
Bahkan persembahannya cukup mantap sehingga siapa pun tidak menyangka sebelum ini kaki kanan Hamid terpaksa dipotong akibat serangan kuman.